Tabung hartanah buka peluang kepada Bumiputera miliki aset di bandar
KOPERASI Pendidikan Islam Malaysia Bhd (Ukhwah) yang menumpukan pemilikan dan pelaburan hartanah di Lembah Klang, akan melancar Tabung Hartanah Ukhwah dikenali Ukhwah Reit dengan sasaran dana RM100 juta,akhir tahun ini.
Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut berkata langkah itu membolehkan Bumiputera menceburi bidang pelaburan hartanah, sekali gus menggalakkan pemilikan hartanah golongan itu di bandar besar terutama Kuala Lumpur.
Tn Hj Mustapa Kamal bin Maulut
Ukhwah Reit berikutan keprihatinan pihaknya ke atas status pemilikan hartanah Bumiputera di Kuala Lumpur yang terus mengecil dan meneruskan hasrat kerajaan meningkatkan pemilikannya sekurang-kurangnya 30 peratus.
"Ketika ini, kami sedang menarik beberapa pelabur berpotensi sama ada dari dalam dan luar negara untuk menyertai Ukhwah Reit ini dan pada masa sama mengumpulkan dana RM100 juta untuk membolehkan pemilikan hartanah dijalankan segera."
"Ukhwah Reit adalah antara satu-satunya cara membolehkan orang ramai melabur dan pada masa sama memiliki hartanah yang bukan kecil nilainya di bandar besar seluruh negara pada minimum RM1,000," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pembelian dan pembiayaan hartanah Ukhwah di Kuala Lumpur, semalam.
[Sila klik pd gambar untuk paparan lebih jelas]
Majlis itu disaksikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah. Hadir sama, beberapa wakil bank tempatan menjadi pembiaya kepada pembelian hartanah Ukhwah di sekitar ibu kota.
Ukhwah yang sebelum ini tertumpu kepada pembangunan usahawan seperti pengeluaran kicap dan pengendalian kantin sekolah, mula menceburkan diri dalam pemilikan bidang hartanah sekitar ibu negara bermula 1998.
[Sila klik pd gambar untuk paparan lebih jelas]
No comments:
Post a Comment