Saturday, March 29, 2008

MINDA PENAMBAHBAIKAN PENENDERAN MAJALAN PELANCAR ANGKASA

Tajuk : Tawaran Mencetak dan Membekal Majalah Pelancar Tahun 2008, 2009 dan 2010
Oleh : Tuan Haji Mustapa Kamal b Maulut
Pengerusi Koperasi UKHWAH

Minda Penambahbaikan Angkasa.

Angkasa telah berjaya menyediakan asas-asas penenderan kepada syarikat-syarikat luar. Tetapi beberapa dokumen penting yang melibatkan kelulusan perlu didokumenkan sebagai bahan bukti ketelusan dan kewajaran pemilihan kontraktor, jika tidak ia dikhuatiri boleh disalahguna kuasa dan pemilihan yang kurang tepat.

Jika berlaku masalah berbangkit di masa akan datang hingga ke peringkat perundangan, maka Angkasa perlu bersedia mempunyai dokumen sokongan yang lengkap dan telah dikompilasikan.

Standard Operation Procedure perlu dipatuhi demi mengelakkan dari sebarang masalah ketirisan dan rasuah. Tanpa laporan lengkap penenderan akan mengakibatkan Jawatankuasa Tender tidak dapat membuat pemilihan syarikat setepatnya.

Penenderan ini tidak langsung disertai oleh koperasi-koperasi, menyebabkan satu cabang perniagaan tidak dapat dikongsi oleh masyarakat koperasi.

Jawatankuasa kewangan harus mengkompilasikan semua surat menyurat dan dokumen urusan tender ini dengan lengkap dan teratur. Ia perlu bagi menepati hal-hal perundangan.

Angkasa harus menjemput koperasi-koperasi terutaama yang bernaung di bawahnya mendaftar sebagai panel kontraktor. Apabila pengiklanan tender maupun jemputan, harus dimaklumkan kepada koperasi panel juga.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan mahupun koperasi keusahawanan, dan Angkasa boleh berperanan menjana ekonomi ahli-ahlinya.

Dalam Jawatankuasa Pemilihan Tender harus ada sekurang-kurangnya 3 anggota JKT atau lebih dalam angka ganjil membuat keputusan memilih, tidak cukup sekadar disandarkan kepada pegawai-pegawai bergaji. Ini kerana Anggota JKT harus dipertanggungjawabkan ke atas perjalanan operasi Angkasa dengan licin dan menguntungkan.

Sekian, terima kasih.

No comments: