Monday, March 31, 2008

AGENDA AGUNG KETUANAN MELAYU - Siri 1.

Terkini pergolakan dalam UMNO semakin cemas, serba tak menentu, seperti puting beliung tiupan angin berputar-putar dan kucar-kacir. Tambahan pula ada dari luar "pak sibuk" yang sejak Pak Lah angkat sumpah jadi PM sampai sekarang tak habis-habis komen dan hentam Pak Lah, maklumlah dia mantan PM.

Dari dalaman kepimpinan UMNO pun bercelaru bila memberi pendapat, antara mulanya percanggahan pendapat DS Shadian calon Menteri Besar Perlis, akhirnya orang lain yang dapat.
Begitu juga calon MB Trengganu DS Idris Jusuh, akhirnya orang lain juga yang dapat. Begitu juga pemimpin Umno minta ditangguhkan pemilihan Umno, akhirnya desakan jadi pula pemilihan Disember 08. Begitu juga Menteri hal ehwal undang-undang menggesa Tun Mahadir minta ampun kpd Tun Salleh Abbas, tapi pendapat ini tak boleh di terima keseluruhannya. Menteri itu menggesa lagi di wujudkan Suruhan Jaya Kehakiman bagi melihat kes Tun Salleh Abas, dibalas Tan Sri Muhyidin Yassin kata itu pendapat peribadi Datok Zaid Ibrahim. Tengku Razali mengesorkan EGM UMNO, ada pula pemimpin UMNO kata tak perlu. Ada pula pemimpin buat press supaya kekal qota pencalonan jawatan dalam UMNO, ramai pula yang membantah termasuk Tun Mahadhir.

Kesimpulannya kalangan pemimpin UMNO fikirannya pun tak bersatu, maka tak hairanlah tindakan nya pun tak bersatu dalam menangani masaalah melayu, mahupun agenda nak membangunkan Melayu. Begitu jugalah berbagai-bagai pandangan nya terhadap membela ugama Islam , sampaikan pula cipta benda baru Islam hadari.

Makin cemas PM turun ke Sabah seolah-olah lawatan kerja rasmi secara mendadak, apa tidaknya 3 ahli parlimen Sabah meletak jawatan dari tawaran Timbalan Menteri Pusat. Ini semacam ada gegaran untuk loncatan parti besar-besaran. Mungkin sebab Sabah and Serawak jauh dari pusat sunami di lautan Hindi, maka semenanjung dahulu di landa sunami, kemudian hanya menunggu masa sunami melanda Malaysia timur.

" Sengaja Aku tukar gantikan pemerintah agar tidak berkekalan kezaliman"

Tetapi persoalan yang lebih besar adalah, bangsa Cina Malaysia makin bertapak dalam pemerintahan, manakala penguasaan Melayu UMNO makin ke arah runtuh. Adakah sinar harapan Melayu akan boleh terus terbela di Malaysia. Membaiki UMNOkah? Mengharapkan Keadilan De Factor DS Anwar Ibrahim? Atau Cahaya Bulan Menunggu di tanggal 15 untuk terang benderang. .......siri 2.

Dari meja:
Presiden URUS Malaysia.

No comments: