Thursday, April 3, 2008

Minda Penambahbaikan Kursus Koperasi Sekolah Angkasa.

Oleh : Hj Mustapa Kamal B Maulut
Pengerusi Koperasi UKHWAH.
Tajuk : Kursus Koperasi sekolah
Minda Penambahbaikan Kursus Angkasa.

Di dapati selalunya kursus Angkasa berjalan dengan baik mengikut modul yang telah di gariskan oleh pihak Angkasa. Pelajar-pelajar juga sangat tekun mengikuti kursus koperasi ini. Ia melibatkan pelajar tingkat 4 dan 5

1. Angkasa harus mempunyai set PA system bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak kerana kursus-kursus dijalankan di pedalaman, sebahagian besar tidak mempunyai peralatan suara yang baik. Penyampaian yang baik sangat penting bagi memberi keberkesanan.

2. Modul kursus harus dipindan dan ditambah sesuai dengan era masa kini, dimana muamalat secara Islam terbukti membawa keuntungan dan kemajuan kepada ekonomi. Diantaranya terbukti bilamana Bank Rakyat hanya menjalankan perniagaan produk Islam membawa keuntungan yang tinggi kepada koperasi ini. Oleh itu, 2 tajuk penting perlu disediakan iaitu, yang pertama, tarbiah keimanan, agar mereka mempunyai jatidiri yang kuat untuk berniaga dan mempunyai didding yang kebal menghindarkan diri daripada rasuah dan ketirisan. Inilah masalah yang sangat besar dalam dunia ekonomi.

Yang kedua, modul kaedah-kaedah perniagaan secara Islam harus didedahkan seperti perniagaan tanpa riba dan sistem pembiayaan secara Islam. Inilah dia modal insan yang penting yang perlu disematkan kepada koperator-koperator sekolah sebagai pelapis penggerak koperasi masa hadapan.

3. Penceramah-penceramah ANgkasa harus sentiasa "direfreshkan ". Program sedia ada yang di beri nama "JEDA" - sehari mengumpulkan penceramah-penceramah , harus dimanfaatkan dengan pengisian dua aspek. Iaitu isu semasa dan berita terkini biznes semasa.

Kedua para penceramah harus di isi dengan program kerohanian, iaitu di isi dengan input majlis-majlis fardu ain dan kuliah -kuliah agama, serta secara berjamaah mewujudkan program zikrullah seperti bertahlil dan qiamulail. Ia akan menghasilkan jiwa penceramah yang tulus dan ikhlas, yang penting dalam penyampaian ceramah kursus.

Firman Allah SWT: " Sesungguhnya kamu pada Rasul itu adalah contoh yang paling baik."

Sekian.

No comments: