Friday, April 25, 2008

PENGERUSI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DATO' MANGSOR B SAAD, MERASMIKAN RUMAH TAMU UKHWAH



Ucapan penuh YBhg. Pengerusi Koperasi UKHWAH, Tuan Haji Mustapa Kamal Bin Maulut semasa majlis perasmian Rumah Tamu UKHWAH yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mangsor b Saad, Pengerusi SKM.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tujuan Rumah Tamu UKHWAH diwujudkan adalah sebagai memenuhi cita rasa pelanggan, ia adalah faktor utama dalam dunia pemasaran hartanah masakini. Dimana saingan dalam perniagaan hartanah adalah amat besar. Koperasi tidak berupaya untuk mengalah dengan menawarkan harga jualan dan sewaan yang rendah, sedangkan komitmen kepada pihak bank agak tinggi. Oleh itu, memasukkan nilai tambah pada hartanah adalah strategi pemasaran yang penting.

Koperasi UKHWAH melihat adanya potensi untuk meraih keuntungan tinggi hasil dari sewaan hartanah di lokasi Sri Hartamas, khususnya Kiara View yang begitu indah ini.

Rumah Tamu UKHWAH berfungsi sebagai pusat rekreasi setempat, untuk penghuni dan penyewa di perumahan sekitarannya, khususnya penghuni-penghuni Banglo UKHWAH, dan juga untuk keahlian terhad Kelab Rekreasi Rumah Tamu UKHWAH Kiara View.

Rumah Tamu ini dilengkapi dengan peralatan senaman dna gymnasium, kolam renang dan mini cafe. Ia adalah nilai tambah yang diidamkan oleh warga asing yang mewakili syarikat-syarikat multinasional luar negara.
Malah rumah kediaman mereka, milik Koperasi UKHWAH dilengkapi dengan bilik utama kalis bunyi ("sound proof"). Ini adalah antara ciri nilai tambah yang memikat mereka.
Philosofi meningkatkan nilai tambah ini membuahkan hasil, di mana semua 7 buah rumah sewa UKHWAH semuanya berjaya disewakan, dengan nilai harga sewaan antara RM9,000 hingga RM12,000 sebulan. Ini memberi nilai untung purata sebulan sebanyak 8%. Ini adalah satu petanda kejayaan dalam perniagaan hartanah yang dimiliki Koperasi UKHWAH.

Koperasi UKHWAH dengan ini melontarkan idea kepada koperasi-koperasi lain, di bawah naungan SKM, bahawa Koperasi UKHWAH bersedia menerajui gabungan koperasi-koperasi lain untuk menerokai perniagaan hartanah di lokasi strategik dan bernilai tinggi di Kuala Lumpur.
Koperasi boleh bersama membeli hartanah strategik itu dengan permulaan bermodalkan deposit. Dan selepas ini kerjasama dari SKM untuk menimbangkan permohonan koperasi-koperasi mendapat pembiayaan pembelian hartanah strategik tersebut dari Dana Tabung Modal Pusingan SKM.

Ini adalah satu langkah yang difikirkan viable bagi meningkatkan equiti hartanah Melayu di Kuala Lumpur yang dahulu peranan ini dimainkan oleh UDA.

Baru-baru ini Koperasi UKHWAH juga sudah membeli premis perniagaan strategik bernilai RM20 juta di Plaza Damas, juga Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Untuk makluman Dato' Pengerusi SKM, hingga kini Koperasi UKHWAH telah memiliki hartanah strategik di Kuala Lumpur dengan harga pasaran melebihi RM100 juta, dan hartanah itu sedang rancak dipasarkan untuk disewa atau dijual kepada prospek dalam dan luar negara.

Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh Koperasi UKHWAH, kami yakin dapat menyumbang ke arah kejayaan dalam industri hartanah strategik di Kuala Lumpur ini.

Terima kasih diucapkan kepada institusi bank yang menyokong Koperasi UKHWAH selama ini, seperti Bank Rakyat, Ambank dan lain-lain lagi, dan diharap mendapat sokongan berterusan, agar kita maju bersama.

To all Ukhwahs Corparative tenants, we cordially welcome your present as tenants of our properties. We are proud to have you here today and this is our way to extend our hands to the international society.



Corporative UKHWAH is so concern for your comfort. On that note, corporative UKHWAH takes the inisiative to open up a guest house and we fully equipped the house with facilities such as physical fitness centre, swimming pool, mini cafe and others, this include SOUND PROOF master bedroom at your house. Hopefully this will createsense of comfort and previlage to all of you.

Cooperative Ukhwah will always open its door to any suggestion and comment in order to upgrade the surrounding neighbourhood especially European society, so that you will always feel at home and of couse no more home sick.


And I am very proud to announce our future investment, to build and to own more properties of this kind of this neighbourhood. I really hope this will be a good investment and accepted by international society. you are welcome to innvite your friend here.

Last but not least, Coopertive Ukhwah welcome you as part of our family here and may you live here in comfort and tranquility.


Dengan itu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Y.Bhg Dato' Mangsor dan hadirin sekelian.. Semoga diberkati Allah swt.


No comments: