Friday, July 4, 2008

MENTERI KOPERASI MENDENGAR REBUTTAL KOPERASI MENJADI ALAT BANK.

4 Julai 2008, Sunway Pyramid convention Centre, PJ.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Noh Omar telah menyampaikan ucapannya di halayak hadirin koperator-koperator, dan di antara isi terpenting adalah penglibatan koperasi-koperasi kredit menggunakan dana dari institusi bank untuk perniagaan kreditnya. Menteri dalam ucapannya yang seolah-olah membaca penuh teks yang di buat oleh pegawai senior dari SKM, begitu serius memberi peringatan kepada koperasi-koperasi kredit agar menjauhkan diri dari institusi bank di tanah air kita.

Begitupun selepas ucapannya , beliau seperti di majlis-majlis biasa membuka untuk sessi dialog, ramai dan begitu meriah koperator-koperator mengambil bahagian dalam berbagai-bagai isu.

Menyentuh isu koperasi mengambil dana dari bank untuk aktiviti kredit seperti ucapan YB Dato' Menteri itu, ada banyak perkara yang boleh dianalisa dan diperbahaskan. Pada amnya masyarakat Malaysia mengambil kesempatan dari koperasi kredit untuk menyelesaikan masalah kewangan yang mendesak mereka, dan koperasi adalah institusi yang mudah di dekati, setelah mereka gagal mendapatkan pinjaman dari bank-bank, mahupun Bank Rakyat kerana masalah citos dan sicriss.


Tetapi masalahnya keadaan koperasi di Malaysia yang begitu dhaif, hanya menyumbang KDNK 1% kepada Malaysia, tidak berupaya menunaikan permintaan masyarakat Malaysia, yang begitu terdesak dari keperluan kewangan mereka.

Maka muncullah syarikat-syarikat pinjaman kewangan berlesen dan along-along, yang memberi tawaran penyelesaian kewangan, paling tidak untuk langkah terdekat penyelesaian, walaupun along-along seringkali mencetuskan keganasan kewangan kepada masyarakat di Malaysia, tetapi hanya itu saja pilihan yang ada pada mereka.


Dua implikasi besar timbul:

1) Kementeruan Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berupa pihak yang mengeluarkan lesen pinjaman kewangan lebih bersikap PRIHATIN kepada masyarakat, mereka lebih bermanfaat kepada masyarakat untuk jangka masa terdekat, di mana Menterinya adalah dari bukan Melayu, sedangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang Menterinya Melayu dan bangsa melayu bilangan yang teramai suka berhutang, tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan rakyat, sedangkan rakyat terdesak dengan krisis inflasi yang teruk, dan meningkatnya kos sara hidup seharian.

Sedangkan sabda Rasulullah SAW bermaksud:
" Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain".


2) Hasilnya along-along tumbuh bercambah seperti cendawan dan mereka bersikap akomodatif terhadap semua masalah kewangan masyarakat. Sebaliknya muncul pula keganasan kekejaman along-along terhadap rakyat hasil dari sistem kewangan along-along yang riba lagi zalim. Masyarakat jadi huru-hara dan suasana cemas muncul dibandar-bandar mahupun ceruk kampung.


Sebenarnya hal koperasi mengambil dana dari bank telah timbul 5 tahun dulu, dan telah dapat di selesaikan oleh mantan menteri koperasi yang lalu Dato' Seri Khalid Nordin dengan jayanya. Sekarang SKM dengan pegawai yang sama 5 tahun dahulu kini membangkitkan semula isu dana dari bank ini. Ini bererti YB Dato' Noh Omar undur ke belakang. Sepatutnya YB Menteri koperasi mara ke hadapan dalam hal dana bank ini. Hanyasanya masalah-masalah penyakit2 dan perbuatan2 kotor dan jahat segelincir kecil koperasi harus ditangani, dipantau dan diubati oleh penguatkuasaan SKM.


Walaubagaimana pun sebahagian koperator-koperator optimis dalam terpaksa menerima arahan SKM untu menyerahkan lebihan keuntungannya kepada SKM, dengan tujuan untuk mewujudkan Akaun Deposit Koperasi, yang boleh diberi pinjam balik kepada koperasi kredit dan lain-lain perniagaan sebagai "working capitol".


Masalahnya , bilakah ADK ini boleh dimanfaatkan kepada koperasi-koperasi, masih diragukan dan penuh kesangsian. Oleh yang demikian pihak YB Menteri dan SKM harus bersikap sederhana dan bijaksana, jangan seperti pepatah melayu, " dengar guruh dilangit, air di tempayan di buang". Hendaklah dana ADK ini di tawarkan secara beransur-ansur mengikut kesediaan dan kemampuan tabung ADK menyalurkan dana tersebut kepada koperasi-koperasi, sementara pengambilan dana bank ini boleh dikurangkan juga secara beransur-ansur.


Seperkara harus diambil perhatian oleh YB Menteri agar dengarlah, ambillah, dapatkanlah pandangan dari akar umbi koperasi-koperasi kredit untuk menangani masalah dan polimik koperasi kredit tersebut diatas, jangan hanya mendengar sebelah pihak dari pegawai-pegawai senior dari SKM.

Menyentuh perkara lain pula , iaitu perlantikan Jawatankuasa Audit Dalaman ( JAD ) koperasi yang dilantik oleh Lembaga, bukan lagi di pilih oleh anggota-anggota koperasi. Penulis selaku anggota JAD Angkasa (2008) masakini merasakan bahawa penyerahan pemantauan terhadap wang saham, yuran dan pelaburan koperator yang dilaburkan dalam koperasi adalah dicabut kewibawaab selaku "care taker" terhadap wang mereka. JAD kini terbelenggu dengan arahan Lembaga demi masa depan mereka yang mengharap dilantik semula pada tahun mendatang. Ini adalah "mulfunction " JAD kepada anggota-anggota koperasi yang ramai.


Secara pengiraan ringkas, Lembaga koperasi puratanya dianggotai 9 orang, dan didarab dengan bilangan lebih kurang 5000 koperasi dalam Malaysia. Ini bererti JAD adalah menjaga kepentingan 45,000 Lembaga agar melicinkan tugas Lembaga. Tetapi sedarlah jumlah yang lebih besar lebih kurang 8 juta anggota koperasi atau rakyat Malaysia yang ramai tidak dapat lagi menyandarkan pemantauan dan amanah wang mereka kepada JAD koperasi, kerana JAD kini seperti kambing di ikat hidung , di tarik ke kiri dan kanan oleh tuannya.


Contohnya , apabila team A menjadi Lembaga , mereka akan beri arahan mengaudit sesuatu hala sahaja dan tidak membenarkan audit pada hala yang lain. Manakala bila team B pula menjadi Lembaga, begitu jugalah hala yang bertentangan akan diaudit, dan jangan mengaudit hala yang bertentangan.


YB Menteri selaku yang sentiasa prihatin terhadap rakyat , harus memikirkan kepentingan jumlah besar 8 juta rakyat berbanding jumlah yang sedikit anggota Lembaga koperasi. Adalah wajar pindaan undang2 keatas JAD ini di analisa kembali di peringkat Menteri dan kementerian.
Perkara ini adalah amat penting demi menjaga ketelusan pengurusan koperasi, selanjutnya mencerna kemajuan koperasi ke peringkat global.

Sekian, terima kasih.

Oleh :
HJ MUSTAPA KAMAL B MAULUT
Pengerusi Koperasi UKHWAH@
JAD Angkasa.

No comments: