Saya mewakili Anggota-anggota Lembaga Koperasi UKHWAH, seluruh kakitangan dan anggota Koperasi Ukhwah merakamkan syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya Koperasi UKHWAH dapat memulakan perniagaan Ar Rahnu X-Change ini iaitu sistem pajak -gadaian secara Islam.
Ar Rahnu X-Change adalah dimensi baru perniagaan Koperasi UKHWAH dan ianya dikira sangat strategik kerana terletak dilokasi di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Ini memberi tumpuan kepada pelanggan yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan dan swasta yang bertugas di tengah bandaraya ini.
Menyentuh Ar Rahnu cawangan ini, Koperasi Ukhwah mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana menawarkan produk franchais ini melalui anak syarikatnya Rakyat Management, dan setelah sebulan cawangan ini beroperasi dimana setiap hari ada pelanggan-pelanggan dari pejabat-pejabat kerajaan dan swasta datang berurus niaga emas di sini. Pada ketika ini, purata sehari RM5,000 tukaran wang tunai diberikan kepada pelanggan, bererti dalam tempoh sebulan ini telah lebih RM100,000 tunai dikeluarkan kepada pelanggan. Saya mengesyorkan dan memohon kepada Rakyat Management agar meluluskan permohonan tambahan hari beroperasi pada hari Sabtu memandangkan kepada keperluan masyarakat ramai untuk membeli belah disepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Kami optimis perniagaan Ar Rahnu ini akan meningkat maju.Tahniah kepada Bank Rakyat kerana sudi mewujudkan suasana kerjasama antara 2 buah institusi koperasi.
Menyentuh tentang sejarah penubuhan, Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad ( Ukhwah ) telah didaftarkan pada 1998 di Kuala Lumpur dengan keanggotaan permulaan seramai 100 orang. Aktiviti perniagaan awal adalah mengendalikan kantin makanan ringan di sebuah Ma’ahad Tahfiz di Kuala Lumpur.
Kemudian perniagaan beralih kepada memasarkan produk makanan yang diusahakan oleh masyarakat Islam, iaitu kicap soya, cili sos dan cuka. Malangnya aktiviti pemasaran produk tersebut menghadapi cabaran besar yang memerlukan modal pusingan yang besar, akhirnya koperasi menamatkan aktiviti pemasaran ini.
Maksud firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang akan mengubahnya.
Pada tahun 2002, Koperasi Ukhwah telah terpilih untuk diberi kepercayaan oleh Ambank Berhad, untuk memasarkan produk kewangan Islam Bai Al-Inahnya kepada masyarakat Malaysia. Ia bermula dengan peruntukan sebanyak RM5 juta, dan seterusnya koperasi mendapat kepercayaan Ambank sehingga peruntukan ditambah kepada RM50 juta. Dengan itu Koperasi Ukhwah sudah mula memperolehi peningkatan keuntungan bersih yang memuaskan berbanding dengan pemasaran produk makanan yang terhenti itu.
Peningkatan mendadak minat masyarakat kepada produk kewangan Bai Al-Inah pada ketika itu adalah kerana suasana inflasi yang tinggi , dan dalam masa yang sama mereka diancam oleh “along-along” atau “ syarikat-syarikat kewangan berlesen yang mengambil kesempatan memberi pinjaman wang dengan kadar “interest “ yang tinggi. Produk kewangan Bai Al-Inah ternyata dapat menyelamatkan masyarakat dari penindasan dan keganasan “ along-along “ pada ketika itu.
Ambank terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada Koperasi Ukhwah untuk terus memasarkan produk pembiayaan Bai Al Inah ini dengan meningkatkan dana kepada RM800 juta, dan ini meningkatkan keuntungan win-win situation dari smart partnership. Kecairan dan keuntungan koperasi Ukhwah bertambah banyak dan besar. Pada anggapan kami istilah guna mengguna adalah tidak relevan kerana koperasi harus berjuang dengan pintar untuk meningkatkan kemajuan koperasi itu sendiri.
Serentak dengan itu juga, pihak Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) juga menghulurkan kepercayaan kepada Koperasi Ukhwah dengan memperuntukkan dana “working capital” sebanyak RM110 juta, sesuai dengan semangat kerjasama antara dua koperasi ini. Keanggotaan Koperasi UKHWAH seramai 40,000 orang masa kini memberi kelebihan kewangan, dimana Koperasi Ukhwah menerima pendapatan bulanan tetap yang besar dari kutipan YURAN SIMPANAN dan YURAN KEBAJIKAN dari anggota-anggotanya. Satu dana “ tabaruk ” telah diwujudkan, dan satu “branding” yang dinamakan UKHWAHCare telah berjaya dipopularkan diperingkat Malaysia dan antarabangsa . UKHWAHCare adalah satu konsep yang memberi kebajikan dan faedah kepada anggota-anggota, ini adalah “added value” yang berjaya diberikan kepada anggota, dan ianya sebagai factor loyalty atau kesetiaan anggota-anggota kepada Koperasi Ukhwah
Diantara kebajikan dan faedah yang diberi oleh UKHWAHCare adalah penginapan dan pengangkutan percuma di bandaraya Kuala Lumpur, dermasiswa dan biasiswa pelajaran, biasiswa Maulidurrasul, taska dan tadika percuma, sumbangan perkahwinan, hospital dan kematian, asrama anak angkat Ukhwah (AKU), asrama wanita pengasih, towing car percuma, rent a car subsidi, lawatan dalam negeri dan luar Negara percuma, ini bererti pengangkutan dengan kapalterbang , Airasia atau MAS juga boleh diusahakan agar percuma kepada anggota-anggota.
Koperasi Ukhwah juga berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada ramai graduan lepasan universiti, kemahiran urusan perakaunan mereka ini diiktiraf oleh institusi perbankan, sebahagian mereka melanjutkan kerjaya di bank-bank dan mereka menjadi sumber modal insan yang berguna kepada masyarakat.
Kini, dengan kecairan kewangan yang besar, Koperasi Ukhwah melanjutkan kepada perniagaan pemilikan hartanah yang bernilai tinggi di lokasi bandaraya Kuala Lumpur. Koleksi hartanah Koperasi Ukhwah kini bernilai lebih RM100 juta pada harga pasaran. Ini adalah satu perniagaan yang sangat strategik dan hebat serta pelaburan yang menguntungkan di masa depan.
Menyentuh tentang dana untuk pembiayaan kredit bagi koperasi Ukhwah, kami beranggapan bahawa secara beransur-ansur gerakan koperasi akan dapat berdikari dalam menghasilkan modal sendiri. Suatu pengharapan dan penantian sedang ditunggu dari tabungan akaun deposit koperasi (ADK) yang telah diwujudkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Pagi tadi 15 July 2008 saya ada mengikuti wawancara YB Dato’ Menteri kita dalam rancangan TV3 Malaysia Hari Ini, dimana dapat saya fahami bahawa antara lain saranan YB Dato’ Menteri dapat dilaksanakan oleh Koperasi Ukhwah diantaranya :
Dalam melayari keadaan ekonomi masa kini , gerakan koperasi perlu bersaing dalam industri peruncitan, seperti menubuhkan supermarket dan hypermarket demi untuk memberikan harga barangan yang wajar kepada pelanggan-pelanggan. SKM harus bertindak sebagai kordinator menggabungkan beberapa koperasi-koperasi, bersama mengeluarkan modal, ditambah modal pelaburan dari ADK SKM. Hasrat ini ada potensi untuk berjaya memandangkan keahlian koperasi yang terlibat adalah amat besar dan menyeluruh ke seluruh Negara. Di sini diskaun card boleh diaplikasikan bagi anggota koperasi.
Manakala saranan agar dipertingkatkan produk pertanian secara komersial , koperasi Ukhwah bersedia membantu dari sudut pemasaran, kerana kami sedang membuat perancangan untuk menubuhkan rangkaian outlet halal diseluruh Malaysia.
Terima kasih kepada semua pihak
Selamat maju jaya Koperasi Ukhwah.
No comments:
Post a Comment