Saturday, July 4, 2009

Langkah Pemuda PAS bersemuka dengan Pemuda Umno dipuji

Langkah Pemuda PAS bersemuka dengan Pemuda Umno dipuji
Mohd Sabri Said Fri Jul 03, 09 3:41:57 pm MYT
PERMATANG PAUH, 3 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan langkah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bersemuka dengan Umno dalam 'Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan Umno Tidak bertentangan Dengan Islam' harus dipuji kerana sikap itu dapat membongkar Umno sebenarnya.
Iklan

Tambahan lagi usaha itu selari dengan kehendak Musyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdebat dengan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, perbahasan mengenai kebenaran tidak akan selesai selagi masing-masing berkeras tanpa adanya pertemuan berdasarkan kebenaran al-Quran.
"Apa-apa pertelingkahan pun jika mahu ukur siapa yang benar mesti kembali kepada al-Quran. Jika tidak semua akan berpanjangan," tegasnya.
Pertemuan itu juga boleh meninggalkan impak besar kepada PAS sebagaimana pertemuan atas dasar kemanusiaan Palestin oleh dua tokoh tanah air antara Presiden PAS waktu itu, Dato' Fazhil Noor dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun bukan mencari titik pertemuan perjuangan antara PAS dan Umno tetapi atas nama keadilan sejagat ekoran penindasan yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin.
Yakin dan bersabar untuk melihat pertemuan itu sebab selalunya Umno akan mencari helah untuk membatalkanya demi tidak mahu menanggung malu jika panel yang mewakili Umno gagal mengemukakan hujah yang bernas, katanya.

"Apapun ahli kita harus bersatu dan bersabar serta terbuka hati untuk melihat penghujahan itu nanti. Rakyat pun akan menilai penghujahan kerana lazimnya hujah Umno pakai pemikiran bukannya ilmiah yang termaktub dalam al-Quran. Ataupun Umno sendiri akan mengumumkan pembatalan saat-saat akhir bila merasai diri mereka tertekan," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. - mns_

Saturday, June 13, 2009

Umat Islam di Serata Dunia wajib Tolong Menolong

PAS kutuk serangan di Selatan Thailand
Irwan Muhammad Zain Fri Jun 12, 09 12:26:56 pm MYT


KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand.


Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut.
"PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku.



"Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.
Beliau juga menjelaskan, PAS bersedia untuk memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan.



PAS, kata Hadi, tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pihak di Selatan Thailand.
Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).



Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.



Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.



Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka. - mns

Saturday, May 16, 2009

PAS tetap laksanakan dasar kepimpinan ulama


Salmiyah Harun Sat May 16, 09 12:21:59 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982.

Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS.

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh.

Maka ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama, iaitu Almarhum Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Noor.

Jelasnya, apabila Fadhil Noor ditabalkan menjadi Presiden pula maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi menjadi timbalannya.

"Manakala selepas Hadi naik menjadi peneraju utama maka Ustaz Hassan Shukri pula menjadi timbalannya dan kemudian bertukar kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa hingga sekarang.

"Itulah mantapnya kepimpinan ulama yang diterima pakai hingga sekarang," tegas Haron Din ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau juga yakin seluruh ahli PAS memahami prinsip itu dan tidak ada kegusaran kerana mereka akur kepada muktamar.

Jelasnya, selagi muktamar tidak ubah keputusannya maka selama itulah PAS akan terus diterajui kepimpinan ulama.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan propaganda oleh media arus perdana yang memainkan isu dalaman PAS dan melaga-lagakan antara ulama dengan profesional.

Katanya, laporan media kerajaan seolah-olah menggambarkan ada pergolakan dalaman PAS dengan merebut jawatan yang dilihat sebagai suatu kurang sihat.

"Mungkin mereka (media) terpengaruh dengan politik Umno yang telah begitu parah dalam persaingan merebut jawatan.

"Maka akhbar yang dipunyai Umno ini seolah-olah sengaja untuk menggambarkan kemelut politik yang ada dalam PAS, sehingga sebahagian pimpinan PAS yang terheret ke dalam kencah itu lalu membuat komen seperti ada pertarungan dalaman merebut jawatan," jelas beliau.

Tambah Haron, modal asas media arus perdana ini adalah pertembungan antara ulama dengan profesional.

Mengulas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memantau pemilihan PAS, Haron berkata badan itu perlu bukti yang kukuh jika benar ada unsur-unsur rasuah.

Apa yang membimbangkan kata beliau, 'penyakit' rasuah dalam Umno cuba hendak dipalitkan ke dalam PAS.
"Keadaan ini seolah-olah hendak menggambarkan bukan sahaja Umno berpolitik wang malah PAS pun sedemikian," katanya.
Justeru, tegas beliau selagi tidak ada bukti nyata yang dapat diketengahkan perkara ini PAS menganggap unsur itu tidak wujud. - mks._

Monday, April 20, 2009

Bukan Islam bertakbir.

Wan Nordin Wan Yaacob Mon Apr 20, 09 1:33:50 pm MYT

SEREMBAN, 20 april (Hrkh) - Kalimah Takbir " Allahuakhbar" yang satu ketika dahulu dipandang sepi masyarakat, hari ini telah menjadi ratib bukan sahaja di kalangan Islam juga kepada bukan Islam.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar semasa berucap dalam dua majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS iaitu PAS Kawasan Rembau dan PAS Kuala Pilah semalam.

"Kini bukan Islam pun sudah mula bertakbir, walaupun bacaannya tidakberapa betul namun mereka sudah positif dengan kalimah ini, Alhamdulillah ia satu kejayaan PAS.
"Kalau sebelum ini ketika orang-orang PAS bertakbir,ramai di kalangan pemimpin Umno mempertikai dan memperlekeh takbir ini, kata mereka PAS tak akan ke mana jika hanya sibuk bertakbir.

"Tetapi hari ini kita berjaya dengan kalimah ini hingga bukan Islam juga tidak segan dengan takbir ini," kata Zulkifly.
Bagi Zulkifly, mutakhir ini bukan Islam tidak lagi segan dengan perjuangan PAS,malah dalam beberapa kempen pilihan raya umum dan kecil, bukan Islam dilihat cukup bersemangat bertakbir.

"Paling saya terharu apabila ada rakan-rakan Kelab Penyokong PAS menghantar sms-sms mereka dengan kalimah Allahuakhbar, dan ada juga yang faham erti kalimah ini, ini satu kejayaan dakwah PAS kepada bukan Islam," katanya.
Fenomena perubahan persepsi kalangan bukan Islam ini kata Zulkifly amat ketara di Negeri Sembilan, malah sokongan kumpulan ini kepada PAS hari ini membuahkan kejayaan bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi yang utama kepada dakwah.

Dalam majlis yang sama, Zulkifly turut mengingatkan ahli PAS Negeri Sembilan agar terus istiqamah dengan perjuangan Islam.
Katanya,perjuangan menegakkan Islam ini adalah dakwah yang berterusan setiap ahli PAS yang tidak boleh ditinggalkan.

Sementara itu dalam Mesyuarat PAS Rembau, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani telah terpilih sebagai Yang diPertua Kawasan, sementara Rozmal Malakan sebagai timbalannya.

Kira-kira 100 ahli dan kepimpinan PAS Kawasan Rembau hadir dalam mesyuarat kali ini. /wann

Sunday, April 19, 2009

HADI - Rakyat tolak politik kotor BN

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Wed Apr 08, 09 1:53:33 pm MYT

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.

Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.

BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato� Seri Azizan Abdul Razak.

Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata. - mks.

Saturday, April 18, 2009

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 17, 09 10:14:14 pm MYT

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.


Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.


Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.


Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah


Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.


2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.


3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.


4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.


5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.


6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.


7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.


8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.


Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.
Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Friday, April 10, 2009

Pilih pemimpin berjuang dunia, akhirat - Haron Din

Azamin Amin Mon Apr 06, 09 8:54:37 am MYT

"...suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa."


Sebelum para penduduk Parlimen Bukit Gantang membuat membuang undi pada 7 April, tokoh agama dan Timbalan Musryidul Am PAS Dato' Dr Haron Din memberitahu Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN panduan memlih pemimpin yang dituntut agama, sekaligus memberi kesan di dunia dan akhirat serta dalam masa sama demi membela nasib rakyat dan Nizar Jamaluddin yang teraniaya akibat Umno-BN yang mencetuskan suasana huru-hara di Perak tempoh hari.


1.Boleh Dato' jelaskan bagaimana Islam melihat pilihan raya sebagai satu wadah perjuangan untuk menuju kebahagiaan dunia dan akhirat serta ciri sebetulnya memilih pemimpin untuk rakyat?

Haron Din : Pilihan raya adalah satu tuju arah yang boleh di lihat dalam dua dimensi. Pertama apa tujuan sebenar calon yang bertanding? Kedua kewibawaan dan ketokohan orang serta parti itu.
Tentang tujuan ada yang semata-mata berjuang kerana dunia seperti Umno dan ada yang bertujuan untuk dunia dan akhirat. Calon Umno dan partinya itu, umum telah mengetahui ianya bertujuan untuk dunia dan kepentingan diri semata-mata. Banyak sudah dibuktikan.

Calon PAS pula telah dibuktikan bahawa perjuangannya untuk dunia dan akhirat. Dato' Seri Nizar Jamaluddin berada dalam kelompok perjuangan yang sudah tentu menghadapi banyak musuh yang banyak mempunyai kepentingan duniawi.

Siapa sahaja sejak zaman Nabi dan para sahabat, berperang, ada sahaja yang menjadi musuh. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai musuh terdekat iaitu bapa saudaranya. Itu tanda syaitannnya 'lebih kuat' untuk mengganggu orang yang baik.
Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Nizar mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Manakala satu parti lagi dakwa bersifat kebangsaaan Melayu (Umno) dan tidak ada apa yang diperjuangkan untuk bangsa Melayu.


2. Kata parti lawan seolah-olah mereka adalah juara memperjuangkan agama, bangsa dan negara?

Mereka melaungkan dan dakwa. Kalau nak kira dakwa, budak kecil juga boleh dakwa. Sudah hampir lebih 52 tahun diberi kuasa, apa yang dilakukan untuk Islam malah ia merosakkan lagi ada.
Mereka pamer kepada masyarakat bahawa seolah-olah Islam ini tidak sempurna. Jadi untuk itu, mereka buat Islam Hadhari untuk tampung Islam sebenar. Sejak daripada Islam Hadhari diwujudkan apa yang mereka buat untuk Islam sesuai seperti yang dicanangkan?Tidak ada yang mereka buat, cakap tidak serupa bikin.

Wadah untuk pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat. Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat.

Jika kalah, Umno akan mendabik dada kononnya mereka masih relevan sedangkan hakikat telah pun ditolak pada pilihan raya 8 Mac lalu.
Saya seru proses penolakan ini diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, ia mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.

Pilihan raya ini bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.

Syukran.

Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah

Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 10, 09 5:06:45 pm MYT

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?


Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.
2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.
3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.


Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?
Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:
1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.
3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).
4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.
5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.
6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:
Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.


Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.
7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.
8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.


Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.


Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar � individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.- tajdid

Thursday, April 9, 2009

Banyak kesangsian dalam Kabinet Najib

Mat Zain Mat Isa Thu Apr 09, 09 6:51:21 pm MYT

ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, petang tadi.

Pertama, semacam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri.


Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.


Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?


Najib memilih sepupunya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin?


Kedua, Najib tidak dapat mengelak daripada melantik pemimpin yang sudah ditolak rakyat. Ia bagaikan mengulangi tabiat Abdullah yang sebelum ini dikritik dan dikecam pelbagai pihak.
Dalam ucapannya sebelum mengisytiharkan Kabinet baru itu, Najib mengungkapkan slogan "Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Kesangsian segera muncul tatkala orang disenaraikannya termasuk mereka yang telah ditolak rakyat dalam pilihan raya. Justeru, 'rakyat' manakah yang didahulukan Najib?


Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Apakah ini menggambarkan pengakuan bahawa dari lebih 100 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih ada, tidak ada yang mempunyai wibawa dan keupayaan untuk mengisi jawatan Kabinet, sehingga memaksa dilantik mereka yang bukan Ahli Parlimen?


Najib turut melantik pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti, sekaligus membelakangkan mereka yang dipersetujui ahli-ahli akar umbi parti mereka sendiri. Mereka ialah Dato' Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan) dan Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).


Ketiga, tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Mahathir. Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya?


Kita tahu betapa besar peranan dimainkan Mahathir dalam mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Najib dalam parti dan kerajaan. Mahathir lah orang utama yang bertanggungjawab 'memanaskan punggung' Abdullah, sehingga terpaksa melepaskan jawatan lebih awal dari yang dirancangnya.


Keempat, ketiadaan nama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mengundang pelbagai andaian. Selain sama taraf dengan naib presiden dalam parti, Khairy juga ada tiket selaku Ahli Parlimen Rembau.


Ketiadaan namanya dalam senarai Kabinet dikaitkan dengan penyiasatan semula Lembaga Disiplin Umno berkaitan amalan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Desas-desus bertiup kencang kononnya Khairy bakal berhadapan tindakan tegas partinya, termasuk kehilangan jawatan yang baru dimenanginya itu.


Andaian itu bagai disahkan apabila Najib tidak menyenaraikan Khairy. Najib dikatakan tidak mahu mengambil risiko menyenaraikan orang yang sedang disiasat. Mana tahu silap haribulan akan berulang peristiwa seorang menteri terpaksa melepaskan jawatan kerana bersalah atas dakwaan politik wang. Maka bagi mengelakkan Kabinetnya tercemar, Najib dikatakan siang-siang lagi enggan menyenaraikan Khairy.


Namun ada juga yang menilainya sebagai bertepatan dengan hasrat Najib membersihkan Kabinetnya dari bayangan Abdullah. Jika nilaian itu benar, bermakna Khairy adalah mangsa keadaan hanya semata-mata dia adalah menantu bekas Perdana Menteri itu. _

Sunday, April 5, 2009

kaedah solat yang sempurna - mengikut mazhab as shafie.

1. MELAFAZKAN NIAT –

Harus disisi 4 mazhab melafazkan niat
Niat didalam hati diantara Alif Allah dan ra akbar.-wajib
Hadith:
انما الأعمال بالنيات (البخاري)
Maksudnya : Setiap amalan itu disertai dengan niat.

2. TAKBIRATUL IHRAM
Lafaz takbir – الله اكبر
Dinamakan Takbiratulihram adalah kerana haram segala yang halal selepas takbir.
Hadith :
كان رسول الله (ص) اذا قام الى الصلاة يكبر حين يقوم (مسلم)
Maksudnya : Dan adalah Rasulullah apabila bangun untuk sembahyang maka bertakbir ketika berdiri.

3. WAJIB MEMPERDENGARKAN BACAAN PADA DIRINYA
Mengeluarkan suara kadar didengar pada dirinya berdasarkan apa yang dilihat dari perlakuan Nabi s.a.w.
Imam yang 4 mewajibkan gerak lidah dengan membaca dan tidak cukup dengan membaca didalam hati.
Imam Shafie berkata : memperdengarkan kepada dirinya dan mereka yang disampingnya serta tidak lebih dari itu.(al-Um-1/88)
Hadith :
قال التابعي بن سخبرة : سألت خبابا أكان رسول الله (ص) يقرأ في الأولي الظهر والعصر ؟ قال نعم
قال بأي شيء تعرفون ذلك؟ قال بالطراب لحيته ( البخاري)
Maksudnya : Berkata al-Tabi’e bin Sakhbarah : aku bertanya Khababa, adakah Rasulullah S.A.W membaca pada awal zuhur dan asar ? berkata ia : ya, berkata lagi, dengan apakah yang kamu tahu begitu? Berkata, dengan bergerak-gerak janggutnya.


4. MENGANGKAT TANGAN KETIKA TAKBIRATUL IHRAM
Mengangkat serentak dengan kalimah takbir.
Mengangkat tangan dengan hujung jarinya bersetentang dengan telinga dan tapak tangannya bersetentang dengan dua bahu.
Bagi wanita hendaklah mengangkat dengan merapatkan dua tangan pada tubuhnya.
Merenggangkan jari-jemari

Hadith :
عبد الجبار بن وائل , عن أبيه أنه رأى النبي (ص) اذا افتتح الصلاة , رفع يديه حتى تكاد
ابهاماه تحاذي شحمة أذنيه (ابو داود / النسائي)
Maksudnya : Abdul jabar bin Wail, ayahnya bahawa beliau melihat Nabi S.A.W apabila ia memulakan solat, mengangkat baginda 2 tangannya sehingga hampir 2 manisnya membetuli 2 cuping telinganya…
Hadith :
كان رسول (ص) اذا كير نشر أصابعه
Maksudnya : Adalah Rasulullah S.A.W apabila bertakbir maka baginda merenggangkan jari jemarinya.


5. SUNAT MENGANGGKAT TANGAN PADA 4 TEMPAT.
Ijma’ Ulama sunat mengangkat tangan pada takbiratul ihram.
Mengangkat tangan ketika ruku’ dan bangun darinya tidak ijma’
Mengangkat tangan ketika bangkit dari tasyahhud awal juga tidak ijma’
4 tempat mengangkat tangan :
Pada Takbir
Turun ketika ruku’
Bangkit dari ruku’
Bangkit dari tasyahhud awwal
Kedudukan jari :
Merenggangkan (al-Nasyr) jari ketika takbiratulihram, ruku’, bangkit dari ruku’ dan bangkit dari tasyahhud awal –sunat- .
Merenggangkan (al-tafriq) jari pada kedua lutut ketika ruku’ –sunat.
Menghimpunkan jari jemari dan mengarahkan kearah kiblat diketika sujud sunat.
Menghimpunkan jari jemari diatas dua peha pada duduk antara dua sujud -sunat.
Pada ketika tasyahhud, meletakkan tangan kanan pada peha yang kanan dengan menggenggam selain jari telunjuk.
Tidak menggerak-gerakkan jari telunjuk melainkan isyarat pada ketika الا الله

6. SUNAT MELETAKKAN TANGAN KANAN DI ATAS TANGAN KIRI
· Memegang tangan kanan dengan tangan kirinya pada pergelangan tangan.
Hadith:
ووضع علي يداه اليمبى على ظهر كفه اليسرى والرسغ.... ( البيهقي )
Maksudnya : Dan meletakkan di atas tangan kanannya di atas belakang tapak tangan kirinya dan pergelangan tangan.
7. MELETAKKAN TANGAN SELEPAS TAKBIRATUL IHRAM
· Atas pusat sedikit dan dibawah dada.
Hadith:
رأيت عليا رضي الله عنه يمسك شماله بيمينه غلى الرسغ فوق السرة ( أبو داود )
Maksudnya : Aku melihat Saidina Ali Radiallahu ‘Anhu meletakkan tangan kirinya dengan tangan kanannya di atas pergelangan tangan dan berada di atas pusat.
8. SUNAT MEMANDANG KE ARAH TEMPAT SUJUD AGAR DAPAT MENJAGA KEKHUSYUKKAN DALAM SOLAT
Cara untuk khusyu’ :
· memahami benar-benar setiap perkara yang berhubung dengan amalan salat seperti sah batal salat contohnya.
· Bangkit pada malam hari melakukan salat malam dapat melatih untuk lebih hadir hati dalam salat.
Hadith :
ما بال أقوام يرفعون ابصارهم إلى السماء في صلاتهم... ( البخاري )
Maksudnya : Apa dah jadi dengan kaum, mereka itu mengangkat pandangan mereka ke langit di dalam solat mereka.
9. MAKRUH MENOLEH KE KANAN DAN KE KIRI
· menoleh tidak membatalkan salat.
· Menoleh tiada makruh sekiranya ada hajat.
· Tolehan adalah merupakan saukkan syaitan.
Hadith:
إياك والإلتفات في الصلاة فإن الإلتفات في الصلاة هلكة.... ( الترمذي )
Maksudnya : Jaga kamu daripada menoleh-noleh di dalam sembahyang, sesungguhnya menoleh-noleh itu di dalam solat adalah celaka…
10. DOA ISTIFTAH
· Doa ini adalah sunat.
· Doa ini sunat pada sembahyang fardhu juga sunat
· Memulakan doa selepas saktah
Saktah:
· sebelum memulakan doa istiftah
· Sebelum membaca fatihah
· Selepas membaca fatihah
11. AL-ISTI’AZAH (MEMBACAأعوذ بالله...... ) SEBELUM MEMBACA FATIHAH
Ayat Quran:
فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم – النحل 98 –
Maksudnya : Jika kamu membaca al-Quran hendaklah kamu berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
12. KEFARDHUAN MEMBACA FATIHAH
· Imam Bukhari menyebut bahawa hadith-hadith yang berkaitan dengan bacaan fatihah adalah mutawatir.
Hadith :
13. KEWAJIPAN MEMBACA BASMALAH ( بسم الله..... )
Basmalah itu adalah satu ayat dari surah fatihah.
Hadith :
إذا قرأتم الحمدلله فاقرءوا باسم الله الرحمن الرحيم........ وباسم الله الرحمن الرحيم إحدى
آياتها
( الدارقطني )
Maksudnya ; Apabila kamu membaca al-Hamdulillah maka bacalah Bismillahirrahmanirrahim……. Dan bismillahirrahmanirrahim merupakan satu daripada ayat-ayatnya.
· Membaca fatihah itu hendaklah menepati kaedah-kaedah tajwid.
· Jangan menggugurkan sabdu kerana huruf yang bersabdu adalah ibarat 2 huruf.
· Jangan menukar mahkraj (tempat keluar huruf) kepada tempat keluar yang lain.
14. AMIN SELEPAS BACAAN FATIHAH – SUNAT -
Amin bermaksud : “ ya Allah perkenankanlah “ !
Hadith:
إذا قال الإمام غيض المغضوب عليهم فقولوا آمين...ومدى بها صوته ( الترميذي )
Maksudnya : Apabila membaca imam غيض المغضوب عليهم maka ucapkanlah kamu , amin.. dan memanjangkan dengannya akan suara.
15. MEMBACA SURAH SELEPAS FATIHAH
Hadith:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرأ في الظهر في الأوليين بأم الكتاب وسورتين...
( البخاري )
Maksudnya : Bahawa Nabi S.A.W membaca pada solat zuhur 2 rakaat yang awal dengan ummul kitab dan 2 surah.
16. BANYAK PERGERAKAN DAN BERDEHEM DALAM SOLAT
· Sekiranya berdehem dan zahir 2 huruf daripadanya maka batal solatnya.
· Sekiranya dilakukan tanpa sengaja maka tidak merosakkan solat.
17. RUKU’
· Telah ijma’ ulama ruku’ adalah wajib.
· Sekurang-kurang ruku’ hendaklah tunduk dan sampi 2 tapak tangannya itu kepada 2 lututnya dengan meluruskan 2 betisnya.
· Meletakkan 2 tangan di atas lutut itu adalah sunat.
· Wajib toma’ninah didalam ruku’ dan sekurang-kurangnya kadar Subhanallah.
Hadis :
اتينا أبا مسعود فقلنا له حدثنا عن صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقام بين ايدينا وكبر
فلما ركع وضع راحتيه ركبتيه وجعل اصابعه اسفل من ذلك ، وجافى بمرفقيه حتى استوى
كل شئ منه ( النسائي )
Mafhumnya : Kami telah mendatangi Abu Mas’ud, maka kami berkata kepadanya telah menceritakan kepada kami tentang sembahyang rasullullah, maka dia berdiri di samping kami dan bertakbir, maka apabila dia ruku’, dia telah meletakkan 2 tapak tangannya di atas 2 lutunya, dan menjadikan jari2nya lebih bawah daripada itu dan merenggangkan 2 sikunya sehingga tetap setiap daripadanya.
RUKU’ YANG PALING SEMPURNA
· Hendaklah bertakbir dengan mengangkat 2 tangan beserta dengan takbir.
· Apabila telah sempurna maka tunduklah dan letakkan 2 tangannya di atas 2 lututnya.
· Merenggangkan jari-jemarinya.
· Meluruskan tengkuk dan belakang.
· Merenggangkan 2 siku daripada lambungnya
· bagi kaum wanita hendaklah merapatkan 2 siku pada 2 lambungnya *
18. TASBIH PADA KETIKA RUKU’
Disunatkan bertasbih dalam bentuk witir ataupun disebut tunggal
Bentuk tasbih
سبحان ربي العظيم وبحمده
Hadis :
فكان رسول صلى الله صلى الله عليه وسلم إذا ركع قال : ثلاثا مرات ..... ( أبو داود )
Maksudnya : Maka Rasulullah S.A.W ketika ruku’, beliau menyebut : 3 kali ..
19. I’TIDAL DARIPADA RUKU’
Sekurang-kurang I’tidal : Mengembalikan tulang belakang sebagaimana keadaan ia
berdiri sebelum ruku’ beserta Tama’ninah.
فإذا رفع استوى حتى يعود كل فقار مكانه.. ( البخاري )
Maksudnya : Maka apabila ia bangkit dan sama sehingga kembali setiap tulang-tulang di
Tempatnya .
I’tidal yang sempurna :
· Mengangkat 2 tangan.
· Membetuli 2 bahu.
· Lalu menyebutkan سمع الله لمن حمده
· Setelah tegak maka menyebut ربنا لك الحمد...... إلخ
Hadis :
ثم يقول صلى الله عليه وسلم : سمع الله لمن حمده حين يرفع صلبه من الركعة ثم يقول
وهو قائم ربنا لك الحمد .. ( البخاري )
Maksudnya : Kemudian Rasulullah mengucapkan Sami’allahu liman hamidah ketika menegakkan tulang belakangnya daripada ruku’ dan kemudian mengucapkan dalam pada ia berdiri tegak Rabbana lakal hamd .
19. MASALAH QUNUT
· Sunat berqunut pada solat subuh
· Sekiranya tertinggal sunat di tampal dengan sujud sahwi
· Qunut ada 3 jenis : Qunut subuh, Qunut nazilah ( tolak bala’ ), dan Qunut Witir.
Hadis :
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم لم يزال يقنت في الصبح حتى فارق الدنيا
( الأذكار/ بلوغ المرام )
Maksudnya : Bahawa Nabi S.A.W sentiasa berqunut subuh sehingga wafat
· Adapun perkataan Anas R.A… ثم تركه …. Ini adalah hadis yang berkaitan qunut yang lain daripada subuh
· Adapun dalil qunut witir ada disebutkan dalil hadis yang sahih di dalam sunan Abi Daud, Tirmidzi, Nasaie, Ibnu Majah, al-Baihaqi, dan lain-lain.
20. SUJUD
Sekurang-kurang sujud :
· Hendaklah seorang itu sujud dengan dahinya terbuka.
· Wajib kepada orang yang sujud meletakkan kedua lututnya
· Dan meletakkan perut anak-anak jari kaki dan tangan di atas lantai
Rasulullah memerintahkan supaya sujud di atas 7 anggota @ tulang
Dahi
Dua tangan
2 lutut
2 tapak tangan
Hadis :
امرنا أن نسجد على سبعة أعظم ... ( البخاري )
Maksudnya : kami diperintahkan untuk sujud diatas 7 tulang.
أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر بوضع اليدين ونصب القدمين .. ( الترمذي )
Maksudnya : Bahawa Nabi S.A.W memerintahkan agar meletakkan 2 tangan dan menegakkan 2 tapak kaki.
Makruh: meletakkan 2 lengannya di atas lantai kerana Nabi melarang daripada melakukan sujud seperti perlakuan anjing.
Sunat:
· 2 tapak tangannya membetuli 2 bahunya.
· Merapatkan jari-jemari dan dihalakan kearah qiblat..
· Menghampirkan 2 tapak tangannya dengan wajahnya.
· Merenggangkan 2 lengannya dan 2 kakinya kadar satu jengkal atau kurang daripadanya dan tidak lebih. * Bagi wanita merapatkan 2 lengannya dan 2 kakinya. Hadisnya :
إذا سجدت المرأة فالتحتفروالتضم فخذيها... ( ابن أبي شيبة في المصنف )
Maksudnya : Apabila sujud seorang perempuan hendaklah dia menghamparkan dan merapatkan 2 pehanya.
21. KEFARDHUAN DUDUK DI ANTARA 2 SUJUD
Sunat bertakbir pada ketika memulakan mengangkat kepala dan memanjang sehingga ia duduk berdasarkan hadis :
ثم يكبر حين يرفع رأسه ثم يكبر حين يسجد.. ( البخاري )
Maksudnya : Kemudian mengangkat takbir ketika mengangkat kepalanya dan bertakbir pada ketika sujud.
Sunat :
· Duduk Iftirash ( Menghamparkan kakinya yang kiri dan duduk di atasnya dan menegakkan kaki yang kanan )
· Meletakkan 2 tangannya di atas 2 lututnya
· Diarahkan jari-jemarinya kearah kiblat
22. SUNAT DUDUK ISTIRAHAH DAN BANGKIT DENGAN 2 TANGAN DAN BUKAN GENGGAMAN
* Dan disunatkan duduk istirahah sebelum bangkit kepada rakaat yang berikutnya
Hadis :
....... لم ينهض حتى يستوي قاعدًا( البخاري )
Maksudnya : Baginda tidak bangkit melainkan setelah duduk dengan betul.
· Bangkit dengan 2 tapak tangan dan bukan dengan mengepal jari jemari
· Makruh bangkit dengan mengepal 2 tangannya berdasarkan hadis : ولا قابضوهما
Hadis :
كان يعجن في الصلاة... ( حديث موضوع )
Maksudnya : Dan adalah Nabi menjadikan 2 tangannya seperti menguli roti di dalam sembahyang.
23. SUNAT TASYAHUD AWAL
Nabi S.A.W pernah tertinggal tasyahud awal dan ia tidak kembali
24. KEFARDHUAN TASYAHUD AKHIR
Sunat :
· Duduk tawarruk
· Sunat dalam selawat Ibrahimiyyah mengucapkan sayyidina adapun hadis :
لا تسيدني في الصلاة... ( فحديث موضوع )
Firman Allah : لا تجعلوا دعاء الرسول بينكم كدعاء بعضكم بعض
Maksudnya : Dan janganlah kamu memanggil Rasul di kalangan kamu sebagaimana memanggil setengah kamu akan setengah yang lain.
25. SUNAT MENGISYARATKAN JARI TELUNJUK DALAM TASYAHUD DAN BUKAN MENGGERAK-GERAKKAN.
Sunat :
· Meletakkan tangan kanan di dalam tasyahud dengan menggenggam jari-jarinya melainkan jari telunjuk.
· Mengangkat jari telunjuk ketika sebutan الا الله dan tidak menggerak-gerakkan.
· Berterusan jari telunjuk itu mengisyaratkan sehingga salam.
Hadis :
.... ووضع يداه اليمنى على ركبته اليمبى وعقد ثلاثا وخمسين وأشار بالسبابة ( مسلم )
Maksudnya : dan adalah Nabi meletakkan tangan kanannya di atas lutut kanannya dan melakukan 53, dan mengisyaratkan jari telunjuk.
Hadis :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : كان يشير بأسبوعه إذا دعا ولا يحركها...
( أبوعوانة / ابو داوود والنسائي / بيهقي)
Maksudnya : Bahawa Rasulullah S.A.W mengisyaratkan dengan jarinya apabila berdoa dan tidak menggerakkannya…
26. KEFARDHUAN SALAM
Sekurang-kurang salam : السلام عليكم
· Tidak mengganggukkan kepalanya ketika memalingkan muka kerana boleh membawa kepada batalnya sembahyang.
· Kefardhuan salam hanyalah pada salam yang pertama.
· Sunat mengucapkan السلام عليكم ورحمة الله
27. MENYAPU MUKA
· Menyapu muka adalah mengambil barakah daripada ibadah solat.
· Amalan ini Warid daripada Athar.
28. SUNAT TURUN KEPADA SUJUD DENGAN 2 LUTUT
· Tidak menggangkat kedua tangan pada ketika turun
· Sunat turun dengan 2 lutut dan bukan 2 tapak tangan
Hadis :
إذا سجد أحدكم فلا يبرك كما يبرك البعير... ( أبو داود والنسائي )
Maksudnya : Apabila sujud seorang di kalangan kamu maka janganlah kamu menggelongsor sebagaimana menggelongsornya unta .
Di dalam hadis Muslim Ibni Yasar menyatakan bahawa bapanya apabila sujud maka akan menjatuhkan 2 lututnya kemudian 2 tangannya dan seterusnya kepalanya.
29. BACAAN PADA KETIKA SUJUD
Bertasbih sebanyak 3 kali
Hadis :
وإذا سجد قال : سبحان ربي الأعلى وبحمده ثلاثا .. ( أبو داود )
Maksudnya : Dan apabila Rasulullah sujud maka ia mengucapkan
سبحان ربي الأعلى وبحمده3 kali
30. MASALAH SELEPAS SOLAT ( SUNAT BERZIKIR MENGIRINGI SEMBAHYANG SELEPAS SALAM )
· Terdapat banyak hadis-hadis yang menjelaskan demikian itu
· Istighfar 3 kali hadis Muslim
· Allahumma anta salam – Hadis Muslim –
· Membaca Fatihah –Hadis Muslim –
· Membaca ayat kursi – Hadis Bukhari –
· Amana rasul – Hadis Bukhari Muslim-
· Shahidallah – Hadis Bukhari Muslim –
· Subhanallah wal hamdulillah Allahu Akbar 33 kali – Hadis Muslim –
· Mengangkat 2 tangan berdoa – Hadis Bukhari Muslim -

Oleh Ustaz Mahfuz Al Khalil.