Sunday, September 28, 2008

RAMADHAN MEMBERI PELUANG HATI MENGANALISA SUASANA POLITIK MALAYSIA

08 | 27 Ramadhan 1429 Hijrah
Politik Malaysia makin gawat
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sun | Sep 28, 08 | 5:43:58 pm MYT

BELUM pernah saya melihat suasana politik negara yang segawat ini. Pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pernah dipersetujui oleh timbalan dan naib-naib presiden tidak dipersetujui pula oleh salah seorang Naib Presidennya.

Iklan

Akhir-akhir ini, pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin mula kelihatan disokong oleh Najib supaya tarikh peralihan kuasa ditentukan perwakilan.

2) Sedang Pak Lah melahirkan kekecewaan, Muhyiddin sering dikaitkan pula dengan Ku Li dalam penyediaan pelan alternatif demi memulihkan Umno atau menggantikan Presiden Parti.

Sementara itu, Pak Lah dikejutkan pula dengan hajat terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali semula ke pangkuan Umno.

Dalam keadaan Datuk Ahmad Ismail yang dilihat menyentuh perkara sensitif mengenai kaum, tiba-tiba tak semena-mena wartawan daripada Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor ditahan di bawah ISA.

Selepas 24 jam dalam tahanan, Tan Hoon Cheng telah dilepaskan pula kerana mengikut Syed Hamid Albar, polis menahan beliau di bawah ISA kerana terdapat 'ancaman terhadap nyawa'(?)

Bukankah semua ini pelik namanya. Dalam keadaan kegawatan yang bertimpa-timpa, Datuk Zaid Ibrahim pula meletakkan jawatan.

Zaid meletak jawatan tetapi PM tidak mahu terima. Tanpa mengambil banyak masa, walaupun ditawar cuti dua minggu, Zaid tetap menolak dan mengisytiharkan peletakan jawatan beliau kerana tidak puas hati dengan penyalahgunaan ISA oleh kerajaan keesokan harinya.

Semakin menarik apabila semua akhbar 18 September memberitakan bahawa Zaid menyertai gerakan caucus yang dianggotai Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim dan lain-lain untuk menentang ISA.

3) Di tengah-tengah keghairahan ugutan ISA yang seakan-akan memanjangkan tangannya ke batang tengkok Dato� Seri Anwar Ibrahim, Majlis Peguam yang disertai oleh 12,000 peguam telah membuat EGM Khas pada 20 September 2008; membantah keras ISA bahkan mendesak membatalkan Akta yang zalim ini.

Pada tahun 1998, Umno cuba memerangkap Anwar dengan tuduhan liwat. Walau terpaksa memunggah bantal dan tilam sambil mengutip rambut dan bulu untuk menegakkan pembuktian, Anwar telah ditumbuk dan ditendang ke lokap dan dipaksa menjalani enam tahun hukuman.

Anehnya, di hujung pertimbangan Anwar didapati tidak bersalah oleh Mahkamah. Tidak serik dengan pengalaman pahit ini, Umno sekali lagi dilihat cuba mengitar semula tuduhan liwat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Belum didapati bersalahpun sekali lagi Anwar telah terpaksa melalui lorong ejekan untuk dicerca oleh media.

Ini yang saya katakan, keadaan negara yang sedang berada dalam sebuah krisis kepercayaan yang tenat. Hati saya sentiasa bertanya sama ada; politikkah ini atau kecelaruan?

Dalam kes tuduhan liwat ini, boleh dikatakan semua ahli ilmu yang ikhlas kerana Allah telah menegur kerajaan yang suka menuduh tanpa mengikut sistem pembuktian yang telah dilandaskan oleh Kitab Allah S.W.T.

Semua peraturan ini berada di dalam Hududullah. Adalah menjadi kewajipan bagi mana-mana pemerintah yang taklif yakni dibebankan dengan hukum untuk menanggung dan melaksanakan ketentuan Allah S.W.T.

Perintah Allah ini telah wujud sebelum wujudnya Umno dan sebelum wujudnya PAS.

Tuduh orang kerja mungkar

Menuduh orang sesuka hati adalah kerja semua kerja mungkar.

4) Sekarang, Datuk Seri Dr Rais Yatim pula kelihatan mengumpan rakyat Malaysia dengan tohmahan yang lain. Tanpa perlu menunggu lama, keesokan harinya Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mendorong rakyat melihat Datuk Seri Anwar sebagai ancaman.

Ini diikuti pula oleh Tan Sri Muhammad Muhd. Taib selaku Ketua Penerangan Umno yang mencampur adukkan apa yang disebutkan oleh Rais dengan sentimen Cina dan India yang kononnya boleh mencetuskan keresahan kaum.

Sedangkan yang resah adalah Umno kerana kemaraan Anwar dengan 31 'penyokong baru' cukup berpotensi untuk meruntuhkan Umno/BN. Boleh dikatakan semua rakyat boleh berfikir bahawa Umno/BN yang sedang bercelaru.

Rakyat sedang tenang menjalani ibadat puasa, tadarus, Tarawih dan qiamullail pada bulan Ramadan ini. Demikian juga dengan masyarakat Cina dan India. Mereka cuma resah melihat pemimpin-pemimpin Umno yang gelisah.

Anwar bukan ancaman kepada keselamatan negara tetapi ancaman kepada survival Umno. Inilah yang menjadikan mereka kehilangan arah.

Sekali menuduh Anwar melakukan liwat. Sekali menuduh Anwar rasuah. Sekali menuduh Anwar agen asing. Sekali menuduh Anwar disokong oleh Amerika.

Sekali menuduh Anwar pengancam kepada ekonomi dan keselamatan negara. Dalam rekaan alasan yang berputar-putar itulah rakyat khuatirkan keselamatan Anwar. Sebab itu saya awal-awal lagi menyebutkan tentang kekhuatiran saya terhadap Anwar yang mungkin akan diISAkan.

ISA jadi alat

Walaupun hati saya lega apabila Datuk Seri Perdana Menteri seakan-akan mengeluarkan jaminan bahawa ISA tidak akan digunakan ke atas Anwar tetapi maklumat yang kononnya diperolehi oleh Menteri Luar bahawa Ketua Pembangkang sedang diperalatkan oleh US untuk menghuru harakan Malaysia (Utusan Malaysia 20 September 2008) cukup merisaukan saya semula.

Ingatlah bahawa di dalam Al-Quran sudah berapa banyak Maharaja yang ditolak ke neraka kerana suka menzalimi orang-orang yang baik. Firaun, Namrud dan Haman jauh lebih handal daripada pemimpin-pemimpin Malaysia.

Al-Quran merakamkan nasib mereka, "Maka Kami hukumlah Firaun dan bala tenteranya, lalu kami lemparkan mereka ke dalam laut.

Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong." (Surah A-Qashash: Ayat 40 dan 41).

5) Kita kena faham bahawa kita ini adalah makhluk yang dicipta. Atas belas ehsan Allah S.W.T. kita diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi. Bumi ini adalah tempat ujian untuk kita membuktikan pengabdian kita kepada Allah S.W.T.

Setiap denyut jantung dan putaran darah yang memunggah masuk keluarnya oksigen dan karban dioksida dan hati selaras proses pembersihan buah pinggang untuk menyempurnakan pula penghadaman dan pembuangan melalui usus kecil dan usus besar adalah terjadi atas anugerah dan kudrat iradat Allah S.W.T.

Sama ada kita tidur atau berbaring, segala proses biologi yang mengambil tempat dalam tubuh kita setiap hari semuanya diatur rapi oleh Allah S.W.T. Semua nikmat yang telah disempurnakan ini untuk menguji setiap hamba sama ada mahu membuat maaruf atau mungkar.

Memfitnah orang ini sebenarnya sebuah kemungkaran. Sama seperti menuduh zina, menuduh Anwar tanpa bukti atau menuduh Anwar sebagai tali barut Amerika adalah kerja dosa.

Lebih zalimlah jika dalam keadaan bukti yang tiada, Anwar mahu disumbat sekali lagi ke sel menggunakan Akta ISA. Walaupun Rais Yatim menyatakan tentang adanya 'pihak tertentu' tetapi bolehkah rakyat diberitahu tentang siapakah mereka?

Insiden Memali

Sebenar manakah mereka? Saya masih tidak lupa betapa Dato� Seri Rais Yatim pernah terlibat dalam menjelaskan punca fenomena insiden Memali yang mengorbankan 14 syuhada pada tahun 1986.

Rais Yatim jugalah yang bersungguh-sungguh untuk menjelaskan kewajaran kepungan dan pembunuhan yang berkaitan. Walau bagaimanapun 24 tahun kemudian, belum ada lagi sebarang bukti bahawa mereka adalah ancaman terhadap keselamatan negara. Apakah kali ini Rais Yatim tidak akan silap?

6) Sibuk sangat khuatirkan Anwar yang kononnya boleh dijadikan 'pemimpin ke hadapan' yang akan dijadikan alat Amerika, sedangkan pada pengamatan saya, pemimpin Umno sejak dari awal penubuhannya lagi selalu memisahkan agama dengan politik.

Pegangan politik sekular ini sangat direstui oleh Amerika dan Yahudi. Ini yang pernah saya katakan bahawa Umno menjadi penyokong dan proksi kepada Amerika dan yahudi di negara ini sejak dahulu lagi.

Saya tidak membela Anwar Ibrahim dan melawan Datuk Seri Abdullah mengikut sentimen dan nafsu yang fujur semata-mata. Saya cuma mahu menjadi pembela kebenaran. InsyaAllah saya bersama-sama dengan 'Al haqqul mubim'.

7) Saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menghayati maksud Ayat Allah ini dalam Surah An Nisaa'. Ayat 105 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat."

Kunci kepada Ayat ini ialah "kamu jangan membela orang-orang yang jahat dengan memberi keadilan melalui wahyu Allah yang telah diturunkan kepada kamu."

8) Ramadan Karim. Ini bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan. Ingatlah. Tuhan Maha Berkuasa untuk menentukan segala sesuatu. Dalam kisah Nabi Allah Saleh Alaihissalam disebutkan begini:

"Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah) dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakanNya itu." (Surah Asy Syams : Ayat 14 dan 15).

Dari Ayat ini jelas bahawa "mereka dibinasakan di atas dosa-dosa mereka." - mj

Saturday, September 27, 2008

MAJLIS ZAKAT KOPERASI UKHWAH DI KUALA LUMPUR






Majlis Sumbangan Zakat Ukhwah di Kuala Lumpur, bertempat di Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa













Majlis Sumbangan Zakat Ukhwah di Pulau Pinang, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sg. Ara pada 21 September 2008.












Majlis Sumbangan Zakat Ukhwah di Kedah Pada 22 September 2008, bertempat di Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Star, Kedah.




















ZAKAT KOPERASI UKHWAH DI TEMERLOH PAHANG


Tuesday, September 16, 2008

KEGAWATAN EKONOMI HARUS DISELESAIKAN DENGAN KESTABILAN POLITIK DAN KEADILAN ISLAM

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue | Sep 16, 08 | 2:41:30 pm MYT

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.







Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormati.


Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Sunday, September 14, 2008

ISA WAJAR DI TAMATKAN

ISA: Zaid Ibrahim sanggup letak jawatan
Beh Lih Yi | Sep 14, 08 3:30pm

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'.

Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.

Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA tetapi telah dibebaskan semalam.

zaid ibrahim and isa internal security act 150908"Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.

"Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

"Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.

"Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini.

Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu hari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama.

Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa.

"Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan...komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu," katanya.

Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang boleh digunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

"Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.

"Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA," katanya.

Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesi dialog dan perbincangan secara aman.

Thursday, September 11, 2008

SIRI PENYAMPAIAN WANG ZAKAT UKHWAH KEPADA ANAK FAKIR MISKIN YATIM

Assalamualaikum.

Kepada masyarakat yang mengetahui ada anak fakir miskin dan yatim yang layak menerima wang zakat sila bawa datang ke tempat berikut.


Tarikh dan Tempat:

1. 15 Sept 08 - Isnin
Masjid Chating, Mentakab, 28400 PAHANG


2. 16 Sept 08- Selasa
Masjid Losong Hj Mohd Shafie, Jln Hj Mohd Shafie, Kuala Trengganu,
TRENGGANU.



3. 18 Sept 08 - Khamis
Villa Ukhwah, Titiwangsa, KL


4. 20 Sept 08 - Sabtu
Masjid Batang 3,
KM 8, Batang 3,
76400 MELAKA.

5. 21 Sept 08 - Ahad
Masjid Bayan Baru, 11900
PULAU PINANG


6. 22 Sept 08 - Isnin
Masjid Rabeah Taman Huda, Jln Sultanah 05350
Alor Setar, KEDAH.


7. 24 Sept 08 - Rabu
Rumah Anak Yatim Batu Pahat, Jln. Kluang, 83000 JOHOR.


MASA program : 5 petang.
Sila daftarkan anak-anak itu dengan email : m_kamal@oum.edu.my, lalu sms kpd Pn Hjh Khadijah 013 6769442, keterangan lanjut boleh hubungi beliau dan 03 62593494.
Jamuan berbuka puasa disediakan.

Terima kasih, selamat puasa Ramadhan.


Pn Hjh Khadijah,
Koperasi UKHWAH.

Monday, September 8, 2008

SOLAT TERAWEKH RAMADHAN MEMBINA SOLIDARITI MELAYU

Qaryah Ramadan MPKB BRI dapat sambutan
Muhammad Yusri Amin
Mon | Sep 08, 08 | 4:14:22 pm MYT


KOTA BHARU, 8 Sept (Hrkh) - Qaryah Ramadan atau khemah Tarawih berhawa dingin bersaiz 3,200 kaki persegi dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah yang pertama seumpamanya di negara ini, mendapat sambutan menggalakkan.




Orang ramai datang mengerjakan solat Tarawih sehingga melimpah ke luar khemah. Qaryah Ramadan itu dibina sementara di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Apa yang lebih menarik program di Qaryah Ramadan bermula sejak petang sebelum berbuka puasa sehingga bersahur.

Program tersebut dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Tema Ramadan tahun ini 'Ihya Ramadan di Serambi Mekah' mampu menarik kedatangan pelancong ke Kelantan.

Qaryah Ramadan itu dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang turut dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan.

Berucap pada majlis itu yang diadakan selepas dua salam Tarawih beliau berkata, Kelantan sesuai diberi gelaran 'negeri tadahan wahyu' kerana pemimpinya mengikuti ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw.

"Oleh itu mana-mana pemimpin atau menteri yang melawan ajaran Nabi Muhammad saw ketika memimpin negara atau negeri maka tindakannya itu serupa dengan apa yang pernah dilakukan Namrud.

"Kerajaan buat projek macam mana besar sekali pun, ia boleh dipinda, namun projek Tuhan khususnya kematian tidak boleh dipinda.

"Mana-mana kerajaan boleh dijatuhkan dengan undian rakyat, namun untuk mengundi supaya kiamat tidak berlaku.. itu tidak boleh," katanya. - mj _

Saturday, September 6, 2008

AGAMA ISLAM SYARAT KEKUATAN MELAYU DI MALAYSIA

Ustaz Idris Ahmad
Thu | Sep 04, 08 | 4:11:47 pm MYT

Utusan Malaysia, 3 September 2008 melaporkan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.

"Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam manakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerlukan gabungan kedua-dua pihak ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara' di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Betulkah Dato' Seri Abdullah Badwi hendak pakai pandangan ulama? Apa yang kita lihat Umno tidak pernah menghormati ulama. Mana ada ulama yang berjuang dalam Umno disanjung dan dijadikan rujukan dan diterima pakai pandangan mereka. Sebab itu ulama dalam Umno, walau alim macam mana sekalipun izzahnya tidak kelihatan.

Kerana mereka tidak diberi peranan untuk menentukan dasar, peranan terbesar ulama Umno untuk baca doa, jadi khalifah tahlil, baca yasin, talqin, imam sembahyang mayat dan doa buka pejabat baru.

Yang menentukan dasar ialah golongan jahil dalam agama. Ia berbeza dengan PAS, kita merujuk ulama dalam semua perkara untuk membuat satu keputusan.Tiba-tiba kita dikejutkan supaya ulama bekerjasama dengan umara. Maklumlah orang lemas, semua tali dia hulur untuk dapat talian hayat.

Bukankah selama ini padangan mengenai hukum agama yang tidak pernah diikut malahan ditong sampah sahaja. Ada beberapa perkara yang membuktikan bahawa Umno memang tidak suka dengan golongan agama. Golongan agama hanya menjadi alat sahaja untuk melawan PAS dan ulama PAS.

Dalil yang menunjukkan bahawa Umno tidak mendengar ulama dalam tindakan mereka.

1. Apabila Majlis Mufti megatakan konsert Sure (Jom) Heboh haram Umno tidak ikut

2. Apabila Majlis Mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.

3. Apabila Majlis Mufti kata bertafakkur di depan Tugu Negara haram, PM Abdullah sendiri tidak ikut.

4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak Aids, Umno tidak ikut.

5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh Jakim, Umno tidak ikut.

6. Orang agama dalam Umno yang sepatutnya menjadi Menteri tidak diberi tempat. Mana pergi Dato' Dr Abdullah Mohd Zin kelulusan MA Madinah dan PhD sebuah universiti di United Kingdom? Mana Hamid Zainal Abidin? Mana dia Dr Yusuf Nor kelulusan PhD tasawuf Mesir, hanya dberi amanah untuk jaga pokok kelapa sawit sahaja.

7. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno ang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama.

Kalau pandangan ulama rasmi yang terdiri daripada kalangan para mufti Umno tidak ikut, macam mana pula PM hendak ajak ulama bekerjasama.

Kalau hanya hendak mengajak ulama multaqa, bentang kertas kerja, kemudian makan kambing bakar, tetapi tidak ada kemahuan untuk melaksanakannya ini buat habis masa dan membazir wang sahaja. - lanh/mks. _

SEDUTAN.

Thursday, September 4, 2008

ADAKAH 16 SEPTEMBER JADI KENYATAAN? APA IMPLIKASI KPD BISNEZ?

Asslamualaikum :

Selamat berpuasa Ramadhan al Mubarak.

Saya ingin mengajak rakan2 berdiscusi berkenaan isu 16 Sept 2008.
Secara personal saya tidak dapat meletakkan sebarang keyakinan samada ada pada 16 Sept nanti akan berlaku atau tidak perubahan kerajaan di Malaysia, kerana saya bukan aktivis politik yang menganalisa secara mendalam dalam isu ini.


Walau bagaimana pun , bolehlah di buat andaian-andai, bahawa mungkin ini adalah suatu propaganda agenda politik Dato' Seri Anwar Ibrahim. Lantaran itu Dato' Shafie Afdhal mengambil inisiatif mengumpul surat aku janji dari ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Serawak.
Pun demikian pada sudut pembacaan sebelah Pakatan Rakyat pula, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga tidak kurang hebatnya strategy politiknya. Beliau mungkin mempunyai kepakaran " master of deception ", bila mana beliau memukul canang untuk bertanding di Bandar Tun Razak dan Kulim, tetapi akhirnya Dato' Seri Dr Wan Azizah yang meletak jawatan, dan akhirnya DS Anwar Ibrahim berjaya menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh.


Begitu juga rupanya dengan pukul canang ahli-ahli Parlimen Sabah dan Serawak dijangka menyeberang, pun sebenarnya misteri dari mana akan menyeberang?
Apakah keadaan ahli-ahli Parlimen Umno di Semenanjong begitu aman? Dalam suasana banyak seruan mahu menukar kepimpinan Umno dan teraju kerajaan Malaysia yang dinamik, mungkin terdetik juga dalam sanubari mereka untuk memperkasa kepimpinan Melayu yang memerintah kerajaan Malaysia. Ahli-ahli Parlimen Umno juga adalah tidak asing dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Dalam pada itu, tidak ada beza antara bekas Ketua Menteri Peneng Tan Sri Koh Su Koon dengan DS Lim Guan Eng. Begitu juga DS Samy Velu dan Karpal Sing, dan juga MCA/ Gerakan seumpama DAP.

Manakala dengan bertunjangkan akidah Islamiah, Melayu adalah berugama Islam baik di dalam PAS, PKR dan UMNO.
APAKAH implikasinya dengan dunia perniagaan dengan isu perubahan politik tanah air ini?


Bersambung......
HJ MUSTAPA MAULUT,AJK DPMMKL @CHAIRMAN KO UKHWAH

Monday, September 1, 2008

PUASA RAMADHAN UNTUK MEMOHON AMPUN ATAS MAKSIAT YANG TELAH SENTIASA DILAKUKAN.

Perutusan Mursyidul Am PAS sempena Ramadan

Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat Mon Sep 01, 08 9:27:56 am MYT


Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.


Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.
Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.


Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.


Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.
Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.


Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.