Sunday, June 29, 2008

KONTRAK MEMBEKAL PERDANA DELEGASI KEDUTAAN MESYUARAT D8

Tuan-tuan adalah dijemput untuk membekalkan perdana untuk pengangkutan delegasi mesyuarat D8. Sila hubungi MULTIJARAH CORP SDN. BHD. untuk keterangan lanjut.

Tarikh : 7 - 8 Julai 2008

Telepon : 013-3410461 (SEGERA)

BIASISWA MAULIDUR RASUL KOPERASI UKHWAH


Masih terbuka untuk fakir miskin dan anak yatim.


Dirasmikan oleh Menteri Koperasi.


MENTERI KOPERASI AKAN MERASMIKAN AR-RAHNU KOPERASI UKHWAH - 15 JULAI


WELCOME


Tuesday, June 24, 2008

CADANGAN MENYEIMBANGI PEKERJA ASING

Presiden PAS cadang gaji minima, elak kebanjiran pekerja asing
Wan Nordin Wan Yaacob Tue Jun 24, 08 1:36:27 pm MYT


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS Marang) hari ini mencadangkan agar kerajaan menerima cadangan MTUC untuk menetapkan gaji minima bagi mengekang kebanjiran tenagas kerja asing di Malaysia.


Semasa bagun bagi mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia, Dr S Subramaniam (BN Segamat), Presiden PAS berkata, pelaksanaan gaji minimum boleh menarik minta warga tempatan bekerja di sektor tertentu yang kini didominasi oleh warga asing.
Ujarnya lagi, dengan keadaan kos hidup yang meningkat hari ini berikutan kenaikan harga minyak dan barangan, kerajaan perlu memastikan akta gaji minimum ini dilulus dan dilaksanakan.


Sementara itu menjawab soalan itu, Dr Subramaniam berkata, kerajaan kini sedang mengkaji peruntukan gaji minimum tersebut.
Namun keadaan tertentu di beberapa sektor pekerjaan di negara ini menyebabkan pengambilan pekerja asing tidak boleh dielak.



Namun beliau turut berkata, dalam sektor tertentu tidak dinafikan adanya masalah berhubung gaji yang terlalu rendah yang menyebabkan ia hanya diisi oleh pekerja asing. _

Monday, June 23, 2008

Usul kurangkan beban kenaikan minyak, Presiden PAS kata ia sudah terlambat
Wan Nordin Wan Yaacob Mon Jun 23, 08 3:02:09 pm MYT


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS Marang) menyifatkan usul yang dibentang oleh wakil kerajaan, Dato' Shahrir Samad di Dewan Rakyat hari ini berhubung langkah mengatasi beban kenaikan harga minyak adalah satu langkah terlambat.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap usul yang lewat itu beliau menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya membawa usul itu sebelum pengumuman harga minyak dibuat (4 Jun).

"Kita nyatakan kekesalan kerana usul ini terlallu lewat dibawa ke Dewan Rakat selepas kerajaan terlebih dahulu mengisytiharkan harga minyak naik yang mempengaruhi kenaikan harga barang," katanya.

Dewan Rakyat jadi 'rubber stamp' untuk mengiakan apa sahaja yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan sebarang keputusan kerajaan ini sebenarnya keperitannya ditanggung oleh rakyat, ujar Presiden PAS itu semasa membahaskan usul yang dibentang Shahrir di Dewan Rakyat pagi tadi.

"Rakyat semuanya menderita, sementara media digunakan untuk cari rakyat yang jahil tentang ekonomi untuk menyokong tindakan kerajaan ini," kata Presiden PAS itu lagi.

Dialog Pengerusi SKM dengan Pengerusi Koperasi2 Kuala Lumpur.

19 Jun 2008, Kuala Lumpur.

Topic Perbincangan :
1. Kumpulan Wang Likuiditi Pusat ( KLWP @CLF )
2. Akaun Deposit Koperasi ( ADK@CDA)
3. Penentusahan Perlantikan ALK.
4. Hukuman dan Denda.

1. CLF

Bagi koperasi yang ditetapkan oleh SKM adalah WAJIB mencarum berdasarkan liabiliti, yang lain adalah sukarela. Koperasi yang Wajib adalah :
a. Koperasi Kredit
b. Koperasi saiz A

Nilai caruman adalah: 3 % dari liabiliti layak.

Kegunaan CLF akan diberi pinjam kepada koperasi yang memerlukan atas sebab-sebab: Keadaan kewangan kecemasan dan luar biasa untuk tujuan menyelesaikan operasi harian koperasi.

Tempuh pinjaman koperasi terdesak tadi: 90 hari atau 360 hari.

SKM akan menggunakan CLF untuk dipinjamkan kepada koperasi terdesak, dan akan di LABURKAN.

Keuntungan pinjaman dan pelaburan akan diberi dividen kepada koperasi yang melabur wajib dan sukarela.


2. CDA

Wajib untuk semua koperasi.

1. Dari wang berlebihan koperasi, iaitu wang tunai koperasi yang tidak digunakan dengan segera, jangkamasa 3 bulan terdekat, contohnya fix deposit.
2. Kumpulan Wang Rizab Stautori.

Tujuan untuk membiayaai perniagaan koperasi.

SKM akan melantik Pengurus dana yang layak, termasuk koperasi yang berwibawa juga layak menjadi Pengurus dana, atau sekumpulan koperasi-koperasi bersama untuk menguruskan dana tersebut.

Dua kegunaan utama dana ialah:
a. Modal untuk produk pinjaman dan aktiviti kredit.
b. Pelaburan perniagaan.

Dividen akan diberikan kepada koperasi yang mencarum.

3. PENENTUSAHAN ALK

Tujuan:
a. Memastikan koperasi di urus oleh lLembaga yang layak.
b. ALK yang kompeten dan berkesan.

Kriteria proses tapisan:
a. Kesalahan jenayah.
b. Kesalahan rasuah, status kebangkrapan, keutuhan.
c. Pengendalian akaun-akaun peribadi dalam bank dan koperasi.
d. Hal-hal MORAL belum dimasukkan ( saranan Koperasi UKHWAH ).



4. HUKUMAN dan DENDA

Seperti dalam akta SKM 2007.

Ulasan BERSAMBUNG...........


Oleh : HJ MUSTAPA MAULUT
Pengerusi Koperasi UKHWAH.

Friday, June 13, 2008

Wednesday, June 11, 2008

MARI DENGAR PENDAPAT USTAZ MENGENAI MINYAK NAIK.

PM jangan cabar rakyat - Haron Din
Intan Abdullah Wed Jun 11, 08 8:46:47 am MYT


KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga minyak di pasaran pada ketika ini memperlihatkan seolah-olah mereka ingin mencabar kesabaran rakyat untuk berbuat sesuatu.


Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata sekarang ini kerajaan tidak prihatin dan tidak mempedulikan suara hati rakyat.
"Yang paling penting, kerajaan tidak perlu menunggu sehingga rakyat menunjukkan bantahan barulah mereka hendak faham bahawa ianya tidak patut dibuat," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.


Tambahnya, kerajaan sepatutnya mencari jalan yang lain untuk menghadapi situasi ini dengan mengelakkan kenaikan harga minyak yang turut mengundang kesan berantai yakni kenaikan harga-harga barangan keperluan lain.
"Kerajaan seperti membuat provokasi supaya rakyat bertindak dan bangkit, maka tidak hairanlah ada pihak yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran.
"Walau bagaimanapun, saya meletakkan sepenuh keyakinan kepada kerajaan agar mereka lebih bersimpati kepada penderitaan rakyat," katanya lagi.


Pada masa yang sama, Haron Din yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu menyeru kerajaan agar menginsafi penderitaan yang terpaksa ditanggung rakyat.
"Jangan sesekali mengambil jalan mudah semata-mata untuk mengurangkan subsidi dengan menghukum rakyat dengan begitu berat kerana pada masa yang sama kerajaan turut mengaut keuntungan besar.
"Kita juga tertanya-tanya, ke manakah perginya keuntungan tersebut?" ujarnya.
Jelasnya, tugas utama kerajaan adalah menjaga kestabilan negara dan keselesaan rakyat yang membawa maksud kerajaan seboleh-bolehnya memberi suatu kehidupan yang selesa kepada rakyat tanpa membebankan mereka dengan masalah.


"Sekarang yang berlaku, kerajaan membebankan rakyat dengan bebanan yang ternyata amat berat di mana rakyat yang telah memilih kerajaan yang memerintah telah mendapat pulangan dalam bentuk terpaksa berbelanja yang di luar kemampuan mereka.
"Ertinya, keselesaan rakyat sudah menjadi bebanan, dan rakyat semakin hari semakin berat," ujarnya lagi.
Tegasnya, jika ini terus berlaku kesalahan ini tidak hanya boleh diletakkan kepada kerajaan sebaliknya rakyat yang telah mengundi mereka dalam pilihan raya lalu turut dipertanggungjawabkan.


"Pakatan Rakyat telah menyebutkan dalam pilihan raya umum lalu, bahawa sekiranya diberi peluang memerintah, harga minyak akan diturunkan dan sebaliknya bagi BN yang mahu menaikkan lagi harga minyak," katanya.
Oleh itu ujarnya, silapnya rakyat yang telah membuat pilihan untuk meneruskan perkhidmatan mereka yang akan menyusahkan kehidupan rakyat dan masa depan negara.
"Walau bagaimanapun, kerajaan BN tidak patut membalas rakyat yang tidak memberikan kemenangan yang besar dengan sedemikian gaya," ujarnya.


Hal ini disebabkan katanya, di negara-negara pengeluar minyak seperti Abu Dhabi, Arab Saudi dan Brunei harga minyak boleh didapati dengan murah dan rendah.
"Negara-negara pengeluar minyak ini biasanya membalas budi baik rakyat dengan mengekang harga minyak pada paras yang munasabah tetapi ianya berbeza di Malaysia, apabila kerajaan kita lebih mementingkan keuntungan dirinya dan negara, sehingga sanggup memaksa rakyat menanggung bebanan kos bahan bakar yang tinggi.


"Bebanan itu sebagai harga mereka memberi kepercayaan kepada Umno-BN," demikian ujarnya. - mks. _

Monday, June 9, 2008

ADAKAH BENAR GOVERNMENT CAN'T AFFORD TO FUTHER SUBSIDIZED FUEL?

Keuntungan hasil minyak dibazir, negara dipenuhi penyelewengan - Presiden PAS

Intan Abdullah Mon Jun 09, 08 8:09:53 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Rakyat merasa tertipu dengan manifesto kerajaan Barsian Nasional (BN) sebelum ini melalui pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan manifesto pilihan raya umum BN pada 25 Februari lalu.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata kerajaan BN perlu mengulangkaji tindakan salah yang telah dibuat seterusnya membetulkan situasi dengan segera bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sekarang ini.

"Kerajaan BN juga disaran agar membuat kerjasama dengan negara-negara Islam yang lain untuk menangani masalah kenaikan harga minyak memandangkan kebanyakan negara Islam memiliki sumber galian tersebut," ujarnya pada sidang media pelancaran kempen mengumpul tandatangan bantahan kenaikan harga barang oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di pejabat Agung PAS semalam.

Tegasnya, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak adalah tidak tepat dengan sifat negara yang sebelum ini pernah mendabik dada dengan menyatakan negara ini sedang maju ke depan.
"Minyak merupakan suatu hasil negara yang boleh menguntungkan serta dimanfaatkan dengan sebaiknya.

"Namun, keuntungan daripadanya telah dibazirkan kepada projek mewah yang telah ditiriskan dengan amalan penyelewangan dan rasuah yang berleluasa," ujarnya lagi.

Wednesday, June 4, 2008

MENTERI KOPERASI MELANCARKAN BIASISWA MAULIDUR RASUL KOPERASI UKHWAH

Y.B. Dato' Noh bin Haji Omar Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang bergambar bersama Pengerusi Koperasi Ukhwah, Hj Mustapa Kamal b Maulut dan wakil pelajar yang akan menerima biasiswa dari Koperasi Ukhwah.


Sumbangan biasiswa adalah seperti berikut :-
Pelajar Sekolah Rendah : RM 40 sebulan
Pelajar Sekolah Menengah : RM 60 sebulan.

Setakat ini 105 orang anak anggota dan anak – anak kepada Koperasi yang menjadi anggota ANGKASA telah layak menerima biasiswa kecil ini dan pihak UKHWAH setakat ini membelanjakan RM 60,000.00, dan bagi tahun 2008 budget keseluruhan berjumlah RM100,000.00 . Di samping itu Koperasi UKHWAH juga telah mengambil 4 buah sekolah di kawasan Parlimen Tanjong Karang untuk dijadikan sekolah angkat Koperasi dan bantuan RM 12,000.00 akan diberikan kepada sekolah berkenaan .

Firman Allah SWT bermaksud:
" Jika kamu syukur dengan nikmat Allah nescaya Aku tambah, tetapi jika kamu kufur, ingatlah siksa Allah itu amat pedih".

Monday, June 2, 2008

ANGKASA MEMILIH SEMULA TOP FIVE

PERTANDINGAN TOP FIVE ANGKASA.

Bismillah hirrahma nirrahim.

Menyelesaikan krisis yang berlaku dalam kepimpinan Angkasa, Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 5 Mei 2008 telah mengedar surat serahan tangan di tujukan kepada YDP, Timbalan YDP, Naib YDP dan JKT, antara lain PERINTAH penyelesaian mengandungi:

ANGKASA hendaklah :

( c) mengadakan Persidangan Kebangsaan Tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008 bagi memilih semula pemegang jawatan-jawatan Yang Dipertua ANGKASA, Timbalan Yang Dipertua ANGKASA dan tiga Naib Yang Dipertua ANGKASA.

Manakala dalam satu pertemuan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , di Majlis Penyampaian Biasiswa Maulidurasul Koperasi Ukhwah 31 Mei 2008 , di Parlimen Tg Karang, Menteri secara verbaly menyarankan bahawa Angkasa menyerahkan kembali hal kepimpinan Angkasa kepada para perwakilan koperasi, agar perwakilan menyusun kembali saf kepimpinan baru , yang boleh berdamai dan bekerjasama membawa kemajuan Angkasa.


Mengikut Undang-undang Kecil ANGKASA:
Fasal 31:
Kuasa dan Tanggungjawab Yang Dipertua:

(1) Yang Dipertua hendaklah,antara lain, mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi mempastikan kesempurnaan pentadbiran dan pengurusan keseluruhan ANGKASA serta perlaksanaan segala keputusan JKT dan JKK.

(2) Yang Dipertua hendaklah mempengerusikan JKT, JKK dan Jawatnkuasa Rayuan.

(3) Timb.Yang Dipertua dan tiga naib Yang Dipertua hendaklah masing-masing mempengerusikan salah satu Jawatankuasa Kerja atau portfolio yang ditubuhkan bagi membantu dan mengawasinya. Mereka bertanggungjawab kepada Yang Dipertua. Segala keputusan JKK atau Portfolio adalah tertakluk kepada pengesahan JKK.


Nampaknya dua intitusi besar di Malaysia pada tahun ini akan mengadakan pemilihan kepimpinan pada tahun 2008, iaitu parti UMNO dan gerakan koperasi kebangsaan ANGKASA.
Semestinya ia akan menarik perhatian sebilangan manusia yang akan menjadi sibuk dengan hal urusan pemilihan tersebut. Mungkin UMNO dan ANGKASA adalah sama dalam menghadapi pemilihan tapi TAK SERUPA.

Untuk mengulas lanjut hal pemilihan Angkasa, ada dua faktor yang wajib menjadi topic perbincangan:

1. Hala Tuju Angkasa.
2. Ciri-ciri Kepimpinan Angkasa.

Anjakkan Paradigma Angkasa :
Sejak Angkasa mula didaftarkan pada tahun 1971, ia bertujuan untuk menyatukan semua koperasi di Malaysia, mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mengawasi dan menjaga kepentingan ahli-ahli khususnya dan gerakan koperasi amnya, dan antara lain pada amnya membantu serta memudahkan operasi koperasi-koperasi berdaftar.
Tetapi apabila Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia mula dikuatkuasakan pada 1hb. Januari 2008, terbukalah lembaran baru bagi hala tuju gerakan koperasi di Malaysia. Menterinya, baru-baru ini dalam ucapan di Majlis Koperasi Ukhwah, menyeru agar gerakan koperasi hendaklah maju sesebuah syarikat, berniaga seperti sesebuah syarikat, bersaing seperti sesebuah syarikat, malah koperasi lebih berjaya daripada syarikat yang tersenarai di BSKL. Dalam erti kata lain, telah lama dicanang bahawa gerakan koperasi seharusnya menjadi sektor ketiga penyumbang ekonomi negara dengan sasaran KDNK 10% .
Manakala menurut Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, yang turut hadir di majlis Koperasi Ukhwah di Kuala Selangor pada 31hb Mei 2008 yang lalu, sebilangan koperasi yang telah maju akan dikategorikan sebagai koperasi cluster dan setiap koperasi cluster akan menjadi mentor kepada beberapa koperasi kecil (mentee).
Nah disitu nyatalah bahawa Angkasa akan bergenjak dari fungsi asal kepada satu wawasan yang lebih hebat dan berdaya saing di peringkat kebangsaan dan global.
Firman Allah SWT bermaksud:
" Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutus kpd manusia, kerjanya menyeru kepada amal makruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah".

...... bersambung ......

Oleh : Hj Mustapa Kamal Bin Maulut
Pengerusi Koperasi Ukhwah @
JAD Angkasa.