Thursday, November 27, 2008

BERSANDING MENGIKUT AJARAN HINDU?

'Merenjis, bersanding juga ada unsur agama lain'- Mufti
Harakahdaily
Thu | Nov 27, 08 | 9:29:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam.


Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan.

"Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram.

Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain. "Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif," katanya yang dipetik daripada laman web.


Katanya banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando dan semua sukan tersebut bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan.


Katanya seseorang perlu meningggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan namun boleh mengekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan. "Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan.


"Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan...," kata Dr Asri.-Hrkh _

Wednesday, November 12, 2008

ANUGERAH SKRIN AKHIRAT MENJADI PENENTU HALA TUJU INDUSTRI FILIM.

BARU -baru ini telah di adakah anugerah skrin 2008, Antara filem yang
dipertandingkan termasuk ; Anak halal , ;Akhirat;,
;Kala Malam Bulan
Mengambang; (iaitu filem terbaik yang menggondol beberapa hadiah
utama) dan lain-lain.

Sebenarnya Islam tidak melarang persembahan seni, tetapi ia perlu
diselarikan dengan nilai-nilai agama, ini bermakna tidak ada unsur-
unsur tidak sihat seperti berpegangan tangan antara para artis lelaki
dan perempuan, tiada tidur sekatil kerana yang berlakon bukanlah
suami-isteri yang sah dan banyak lagi yang perlu dipelihara dengan
cermat.

Kalau diperhatikan filem-filem yang dipertandingkan itu,
kebanyakannya melanggar hukum-hukum agama, malah boleh menjejaskan
akidah seseorang kerana melibatkan pegangan dan kepercayaan seperti
dalam filem ;Akhirat;, kesempatan ini bukanlah forum untuk
membincang secara terperinci mengenai penganjuran FFM-21 antara boleh
dan tidak boleh.

Tetapi ia lebih kepada untuk melakukan muhasabah diri pada diri
penulis dan golongan artis, apabila dikatakan Islam membolehkan
lakonan dilakukan, sebenarnya ia telah dibuktikan oleh Gerakan
Ikhwanul Muslimin Mesir pada tahun 60-an, di mana mereka mementaskan
teater filem bertajuk ;Panglima Salahuddin Aiyubi&; yang dilakonkan
kesemuanya di kalangan artis-artis lelaki.

Teater berkenaan mendapat sambutan di luar jangkaan umum yang pada
awalnya dipandang sinis oleh sesetengah penggiat seni, tetapi apabila
ia berjaya dilakonkan dengan baik, ia diberi pengiktirafan yang
sewajarnya kerana membawa mesej jelas mengenai kedatangan Islam
sebagai agama penyelamat manusia sejagat, Islam bukanlah untuk bangsa
Arab semata-mata, malah buat semua bangsa manusia yang menetap di
bumi ini, justeru Salahuddin berjaya memecah tembok perkauman dan
mengajak bangsa Arab bangkit untuk berjihad.

Pelakon lelaki dan wanita terbaik pada hari akhirat


Sedangkan orang-orang Islam khususnya telah pun ada di hadapan mereka
skrip-skrip yang termaktub dalam al-Quran sejak dari dulu lagi dan
hadis-hadis baginda yang sepatutnya dihafal dengan baik, Pengarahnya
adalh Allah dan penolong-Nya adalah baginda Rasulullah s.a.w., juru
kameranya pula adalah para Malaikat yang akan merakam segala tindakan
baik dan jahat seseorang.

Sudah pasti yang berjaya menghafal skrip berkenaan adalah baginda
Rasulullah s.a.w. dengan memegang watak utama dalam lakonan kehidupan
ini, baginda merupakan pelakon lelaki terbaik dunia dan akhirat, para
sahabat adalah pelakon-pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik
yang akan mendapat anugerah lakonan terbaik daripada Pengarah
lakonan, iaitu Allah SWT.

Padang Mahsyar adalah tempat berlangsungnya pemberian anugerah masing-
masing kepada para plekon yang berjaya menghafal skrip yang dirakam
oleh para Malaikat yang bertindak sebagai juru kamera professional
yang diiktiraf Allah SWT.

Kenapa mesti berlakon?


Apabila dinilai semula lakonan-lakonan yang terdapat dalam filem
;Akhirat, sebenarnya tidak ada kena mengena dengan persoalan
akhirat yang menghimpunkan seluruh manusia untuk diperhitungkan
segala amalan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu,
kerana filem berkenaan banyak menampilkan adegan yang sesuai dengan
tajuknya, apatah lagi para pelakonnya yang berpelukan, berpegangan,
mendedahkan aurat yang menggambarkan tidak takut kepada hari akhirat.

Sedangkan dalam realiti hidup para artis sendiri, kebanyakan mereka
walaupun terdapat segelintir yang boleh membaca ayat-ayat al-Quran
dengan baik, namun peratusannya terlalu sedikit, apa yang dapat
disaksikan pada hari ini, mereka yang tidak boleh baca al-Quran atau
pun menghafal ayat-ayat penting di dalamnya amat mengecewakan banyak
pihak, malah mereka inilah yang sering dipaparkan dalam media sebagai
role model kepada remaja masa kini. Industri filem tanahair telah pun banyak menerbitkan
filem-filem bercorak hiburan melampau, humor yang tidak memberi input
positif kepada penonton.

Tidak menjadi kesalahan, jika industri filem tempatan membuat satu
kelainan dengan menampilkan filem-filem berbentuk nasihat, motivasi
diasingkan para pelakon lelaki dan wanita bagi menumpukan mesej yang
hendak disampaikan kepada umum untuk dijadikan iktibar dan bahan
renungan.

Diakhirat nanti, manusia akan melihat kembali semua amalannya, seperti melihat lakonannya filem yang di bintangi oleh diri kita sendiri. Malangnya lakonan maksiat didunia menyebabkan kita menerima anugerah siksaan api neraka yang amat siksa. Sedangkan lakonan yang halal akan menerima anugerah syurga yang penuh nikmat dengan tropi bidadari yang cantik rupawan lagi memuaskan.



Sekian, waAllahuaklam.
Hj Mustapa Maulut.

Saturday, November 1, 2008

CARA MELAYU BOLEH MAJU DENGAN MENGIKUT SYARIAH COMPLIANT

Menepati syariah - mengapa hanya dalam ekonomi?
Mohamed Hanipa Maidin
Sun | Nov 02, 08 | 3:27:06 am MYT

Perkataan "syariah compliant" ( menepati syariah ) adalah istilah yang amat popular bagi pengamal ekonomi Islam. Di dalam konteks pengamalan ekonomi yang berasaskan Islam, "syariah compliant" bermaksud segala aktiviti ekonomi yang dijalankan hendaklah selaras dengan prinsip syariah.





Atas dasar itulah di dalam dunia ini kita tidak pernah mendengar mana-mana sistem perbankan yang berasaskan agama kecuali Islam. Saya percaya kita tidak pernah mendengar bank Hindu atau bank Buddha atau bank Kristian di dalam mana-mana negara. Hal ini berlaku kerana tidak seperti agama lain, Islam adalah "al-deen" (cara hidup).


Akhbar Business Times melaporkan Maybank Singapura kini mula menimbangkan pelancaran pinjaman yang selaras dengan syariah bagi pasaran HDB (Housing Development Board) yang ditaksirkan bernilai lebih dari $65 billion. Dengan pelancaran tersebut , produk kewangan Islam tersebut akan menjadi alternatif pertama kepada sistem gadaian yang berasaskan riba yang terdapat di negara tersebut.


Di Singapura 2.96 juta atau 82 peratus daripada populasi penduduk di negara itu tinggal di lebih daripada 887,000 flat HDB dan dianggarkan lebih dari 15-16 peratus daripada mereka adalah Islam. Jika diberi peluang ramai orang Islam di sana memilih untuk menukar pinjaman mereka kepada sistem gadaian yang selaras dengan Syariah.


Hatta bank konvensional asing yang beroperasi di negara ini juga menawarkan produk-produk kewangan Islam. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad yang merupakan bank komersial asing adalah bank asing pertama yang menawarkan produk perbankan Islam apabila bank tersebut memperkenalkan Standard Chartered Saadiq pada Julai 1992 . Saadiq Account-i adalah berdasarkan kombinasi konsep Islam al-Wadiah Yad Dhamanah (Safe Custody) dan Mudharabah (Profit Sharing).


Sarjana sistem kewangan Islam Raj M Maiden iaitu ketua eksekutif Five Pillars Associates menyatakan bahawa perbankan Islam di Asia menunjukkan peningkatan jumlah pernyataan orang bukan Islam . Beliau menyatakan:

'In fact, the number of non-Muslim investors registered by some of these banks far exceeds their counterparts. As such, we can see that people are becoming more aware and thus less apprehensive about participating in Islamic finance.'

.

Beliau juga menyatakan sistem gadaian yang selaras dengan syariah (Syariah-compliant mortgages) sepertimana produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang lain menarik minat orang bukan Islam di sesetengah negara. Sebagai contoh apabila Kumpulan HSBC (HSBC Group) mula menwarkan sistem gadaian yang selaras dengan syariah pada tahun 2004 di Malaysia ianya amat memeranjatkan semua pihak kerana lebih dari separuh pelanggannya adalah orang-orang bukan Islam sepertimana yang dilaporkan oleh Business Week.

YANG SANGAT PENTING.

1. Orang Islam perlu memahami dan menyedari bahawa "syariah compliant" tidak wajar dihadkan kepada aspek ekonomi sahaja. Syariah mengatur kehidupan manusia dari perkara-perkara seperti ibadat, urusan keluarga (syu�un al-usrah), mua'malat, jenayah, politik, sosial, pendidikan , kebudayaan dan lain-lain.


2. Dengan lain perkataan, kehidupan orang Islam mestilah "syariah compliant" di dalam aspek-aspek yang dinyatakan tadi. Apa gunanya jika kita bersungguh memastikan "syariah compliant" di dalam aspek ekonomi tetapi membiarkan sahaja "non syariah compliant" di dalam aspek-aspek yang lain. Ianya ibarat kita hanya mengenal Allah di dalam urusan ekonomi sahaja .

3. Hatta yang lebih pelik dan ajaib Mahkamah Syariah yang sepatutnya "syariah compliant" pun masih tidak mencapai piawaian "syariah compliant".



4. Di dalam keadaan dunia sudah melihat kegagalan sistem ekonomi socialism dan kapitalisme adakah kerajaan umat Islam bersedia memainkan peranan yang pro aktif mempromosi sistem kewangan Islam dengan lebih agresif kepada dunia-dunia barat .



Sistem ekonomi Islam terbukti membawa keuntungan kepada pengendalinya, dan memberi keadilan kepada pelanggannya. Maka yakinilah Islam juga adalah kaedah terbaik untuk pentadbiran, perniagaan dan kehidupan seharian, akan mengharuskan Allah SWT membawa orang Melayu dan ummat kepada maju di dunia dan akhirat.


Waalla huaklam.

Hj Mustapa Maulut.





MELAYU BOLEH MAJU DENGAN DIKUATKAN IMAN KEPADA ALLAH SWT

Waspada terhadap golongan sesat di kalangan umat Islam
Ustaz Zainudin Hashim Fri Oct 31, 08 3:32:15 pm MYT


Suasana kalangan umat Islam hari ini, mereka semakin menjadi lemah tidak keharuan, jumud (beku) cara berfikirnya, malah ada yang tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar, akibat tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu atau bersama dengan golongan yang mampu mengingatkan mereka kepada Allah SWT.


Benarlah apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w., �bahawa akan datang satu masa (dianggarkan masa itu ialah pada hari ini), ramai di kalangan umat Islam menjauhkan diri daripada golongan ulama (tidak mahu memperdalami ilmu agama), tindakan mereka itu sebenarnya telah mengundang kemarahan Allah, dan Allah timpakan tiga bala ke atas diri mereka, iaitu Allah akan menarik segala sumber keberkatan dalam usaha/pekerjaan yang dilakukan, mereka akan diperintah oleh para pemerintah yang zalim dan mereka akan meninggalkan dunia ini dengan tidak membawa walaupun secebis iman dalam diri mereka.�



Kenyataan baginda di atas telah disebut seribu tahun yang lalu, tetapi ia dianggap segar dalam minda umat Islam yang sayangkan agama mereka, ini kerana golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama semakin berleluasa dalam masyarakat, ia dapat dilihat dengan tindakan para pengusaha atau pengamal perfileman yang menerbitkan filem-filem yang dianggap tersasar jauh daripada kebenaran Islam dan sekaligus melampaui batas-batas agama Islam yang suci daripada sebarang bentuk penyelewengan.



Ini termasuk penyelewengan golongan yang cuba mentafsirkan Islam, sedangkan mereka sebenarnya jahil mengenainya, ia dapat dilihat seperti tindakan golongan liberisme, pluralisme, �sisters in Islam�

Kesimpulannya, umat Islam boleh menjadi kuat kembali dengan meningkatkan iman kepada Allah swt, ini sebagai "makjun" yang oaling mujarab.