Saturday, November 1, 2008

CARA MELAYU BOLEH MAJU DENGAN MENGIKUT SYARIAH COMPLIANT

Menepati syariah - mengapa hanya dalam ekonomi?
Mohamed Hanipa Maidin
Sun | Nov 02, 08 | 3:27:06 am MYT

Perkataan "syariah compliant" ( menepati syariah ) adalah istilah yang amat popular bagi pengamal ekonomi Islam. Di dalam konteks pengamalan ekonomi yang berasaskan Islam, "syariah compliant" bermaksud segala aktiviti ekonomi yang dijalankan hendaklah selaras dengan prinsip syariah.





Atas dasar itulah di dalam dunia ini kita tidak pernah mendengar mana-mana sistem perbankan yang berasaskan agama kecuali Islam. Saya percaya kita tidak pernah mendengar bank Hindu atau bank Buddha atau bank Kristian di dalam mana-mana negara. Hal ini berlaku kerana tidak seperti agama lain, Islam adalah "al-deen" (cara hidup).


Akhbar Business Times melaporkan Maybank Singapura kini mula menimbangkan pelancaran pinjaman yang selaras dengan syariah bagi pasaran HDB (Housing Development Board) yang ditaksirkan bernilai lebih dari $65 billion. Dengan pelancaran tersebut , produk kewangan Islam tersebut akan menjadi alternatif pertama kepada sistem gadaian yang berasaskan riba yang terdapat di negara tersebut.


Di Singapura 2.96 juta atau 82 peratus daripada populasi penduduk di negara itu tinggal di lebih daripada 887,000 flat HDB dan dianggarkan lebih dari 15-16 peratus daripada mereka adalah Islam. Jika diberi peluang ramai orang Islam di sana memilih untuk menukar pinjaman mereka kepada sistem gadaian yang selaras dengan Syariah.


Hatta bank konvensional asing yang beroperasi di negara ini juga menawarkan produk-produk kewangan Islam. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad yang merupakan bank komersial asing adalah bank asing pertama yang menawarkan produk perbankan Islam apabila bank tersebut memperkenalkan Standard Chartered Saadiq pada Julai 1992 . Saadiq Account-i adalah berdasarkan kombinasi konsep Islam al-Wadiah Yad Dhamanah (Safe Custody) dan Mudharabah (Profit Sharing).


Sarjana sistem kewangan Islam Raj M Maiden iaitu ketua eksekutif Five Pillars Associates menyatakan bahawa perbankan Islam di Asia menunjukkan peningkatan jumlah pernyataan orang bukan Islam . Beliau menyatakan:

'In fact, the number of non-Muslim investors registered by some of these banks far exceeds their counterparts. As such, we can see that people are becoming more aware and thus less apprehensive about participating in Islamic finance.'

.

Beliau juga menyatakan sistem gadaian yang selaras dengan syariah (Syariah-compliant mortgages) sepertimana produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang lain menarik minat orang bukan Islam di sesetengah negara. Sebagai contoh apabila Kumpulan HSBC (HSBC Group) mula menwarkan sistem gadaian yang selaras dengan syariah pada tahun 2004 di Malaysia ianya amat memeranjatkan semua pihak kerana lebih dari separuh pelanggannya adalah orang-orang bukan Islam sepertimana yang dilaporkan oleh Business Week.

YANG SANGAT PENTING.

1. Orang Islam perlu memahami dan menyedari bahawa "syariah compliant" tidak wajar dihadkan kepada aspek ekonomi sahaja. Syariah mengatur kehidupan manusia dari perkara-perkara seperti ibadat, urusan keluarga (syu�un al-usrah), mua'malat, jenayah, politik, sosial, pendidikan , kebudayaan dan lain-lain.


2. Dengan lain perkataan, kehidupan orang Islam mestilah "syariah compliant" di dalam aspek-aspek yang dinyatakan tadi. Apa gunanya jika kita bersungguh memastikan "syariah compliant" di dalam aspek ekonomi tetapi membiarkan sahaja "non syariah compliant" di dalam aspek-aspek yang lain. Ianya ibarat kita hanya mengenal Allah di dalam urusan ekonomi sahaja .

3. Hatta yang lebih pelik dan ajaib Mahkamah Syariah yang sepatutnya "syariah compliant" pun masih tidak mencapai piawaian "syariah compliant".



4. Di dalam keadaan dunia sudah melihat kegagalan sistem ekonomi socialism dan kapitalisme adakah kerajaan umat Islam bersedia memainkan peranan yang pro aktif mempromosi sistem kewangan Islam dengan lebih agresif kepada dunia-dunia barat .



Sistem ekonomi Islam terbukti membawa keuntungan kepada pengendalinya, dan memberi keadilan kepada pelanggannya. Maka yakinilah Islam juga adalah kaedah terbaik untuk pentadbiran, perniagaan dan kehidupan seharian, akan mengharuskan Allah SWT membawa orang Melayu dan ummat kepada maju di dunia dan akhirat.


Waalla huaklam.

Hj Mustapa Maulut.





No comments: