Wednesday, November 12, 2008

ANUGERAH SKRIN AKHIRAT MENJADI PENENTU HALA TUJU INDUSTRI FILIM.

BARU -baru ini telah di adakah anugerah skrin 2008, Antara filem yang
dipertandingkan termasuk ; Anak halal , ;Akhirat;,
;Kala Malam Bulan
Mengambang; (iaitu filem terbaik yang menggondol beberapa hadiah
utama) dan lain-lain.

Sebenarnya Islam tidak melarang persembahan seni, tetapi ia perlu
diselarikan dengan nilai-nilai agama, ini bermakna tidak ada unsur-
unsur tidak sihat seperti berpegangan tangan antara para artis lelaki
dan perempuan, tiada tidur sekatil kerana yang berlakon bukanlah
suami-isteri yang sah dan banyak lagi yang perlu dipelihara dengan
cermat.

Kalau diperhatikan filem-filem yang dipertandingkan itu,
kebanyakannya melanggar hukum-hukum agama, malah boleh menjejaskan
akidah seseorang kerana melibatkan pegangan dan kepercayaan seperti
dalam filem ;Akhirat;, kesempatan ini bukanlah forum untuk
membincang secara terperinci mengenai penganjuran FFM-21 antara boleh
dan tidak boleh.

Tetapi ia lebih kepada untuk melakukan muhasabah diri pada diri
penulis dan golongan artis, apabila dikatakan Islam membolehkan
lakonan dilakukan, sebenarnya ia telah dibuktikan oleh Gerakan
Ikhwanul Muslimin Mesir pada tahun 60-an, di mana mereka mementaskan
teater filem bertajuk ;Panglima Salahuddin Aiyubi&; yang dilakonkan
kesemuanya di kalangan artis-artis lelaki.

Teater berkenaan mendapat sambutan di luar jangkaan umum yang pada
awalnya dipandang sinis oleh sesetengah penggiat seni, tetapi apabila
ia berjaya dilakonkan dengan baik, ia diberi pengiktirafan yang
sewajarnya kerana membawa mesej jelas mengenai kedatangan Islam
sebagai agama penyelamat manusia sejagat, Islam bukanlah untuk bangsa
Arab semata-mata, malah buat semua bangsa manusia yang menetap di
bumi ini, justeru Salahuddin berjaya memecah tembok perkauman dan
mengajak bangsa Arab bangkit untuk berjihad.

Pelakon lelaki dan wanita terbaik pada hari akhirat


Sedangkan orang-orang Islam khususnya telah pun ada di hadapan mereka
skrip-skrip yang termaktub dalam al-Quran sejak dari dulu lagi dan
hadis-hadis baginda yang sepatutnya dihafal dengan baik, Pengarahnya
adalh Allah dan penolong-Nya adalah baginda Rasulullah s.a.w., juru
kameranya pula adalah para Malaikat yang akan merakam segala tindakan
baik dan jahat seseorang.

Sudah pasti yang berjaya menghafal skrip berkenaan adalah baginda
Rasulullah s.a.w. dengan memegang watak utama dalam lakonan kehidupan
ini, baginda merupakan pelakon lelaki terbaik dunia dan akhirat, para
sahabat adalah pelakon-pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik
yang akan mendapat anugerah lakonan terbaik daripada Pengarah
lakonan, iaitu Allah SWT.

Padang Mahsyar adalah tempat berlangsungnya pemberian anugerah masing-
masing kepada para plekon yang berjaya menghafal skrip yang dirakam
oleh para Malaikat yang bertindak sebagai juru kamera professional
yang diiktiraf Allah SWT.

Kenapa mesti berlakon?


Apabila dinilai semula lakonan-lakonan yang terdapat dalam filem
;Akhirat, sebenarnya tidak ada kena mengena dengan persoalan
akhirat yang menghimpunkan seluruh manusia untuk diperhitungkan
segala amalan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu,
kerana filem berkenaan banyak menampilkan adegan yang sesuai dengan
tajuknya, apatah lagi para pelakonnya yang berpelukan, berpegangan,
mendedahkan aurat yang menggambarkan tidak takut kepada hari akhirat.

Sedangkan dalam realiti hidup para artis sendiri, kebanyakan mereka
walaupun terdapat segelintir yang boleh membaca ayat-ayat al-Quran
dengan baik, namun peratusannya terlalu sedikit, apa yang dapat
disaksikan pada hari ini, mereka yang tidak boleh baca al-Quran atau
pun menghafal ayat-ayat penting di dalamnya amat mengecewakan banyak
pihak, malah mereka inilah yang sering dipaparkan dalam media sebagai
role model kepada remaja masa kini. Industri filem tanahair telah pun banyak menerbitkan
filem-filem bercorak hiburan melampau, humor yang tidak memberi input
positif kepada penonton.

Tidak menjadi kesalahan, jika industri filem tempatan membuat satu
kelainan dengan menampilkan filem-filem berbentuk nasihat, motivasi
diasingkan para pelakon lelaki dan wanita bagi menumpukan mesej yang
hendak disampaikan kepada umum untuk dijadikan iktibar dan bahan
renungan.

Diakhirat nanti, manusia akan melihat kembali semua amalannya, seperti melihat lakonannya filem yang di bintangi oleh diri kita sendiri. Malangnya lakonan maksiat didunia menyebabkan kita menerima anugerah siksaan api neraka yang amat siksa. Sedangkan lakonan yang halal akan menerima anugerah syurga yang penuh nikmat dengan tropi bidadari yang cantik rupawan lagi memuaskan.



Sekian, waAllahuaklam.
Hj Mustapa Maulut.

No comments: