Monday, March 31, 2008

AGENDA AGUNG KETUANAN MELAYU - Siri 1.

Terkini pergolakan dalam UMNO semakin cemas, serba tak menentu, seperti puting beliung tiupan angin berputar-putar dan kucar-kacir. Tambahan pula ada dari luar "pak sibuk" yang sejak Pak Lah angkat sumpah jadi PM sampai sekarang tak habis-habis komen dan hentam Pak Lah, maklumlah dia mantan PM.

Dari dalaman kepimpinan UMNO pun bercelaru bila memberi pendapat, antara mulanya percanggahan pendapat DS Shadian calon Menteri Besar Perlis, akhirnya orang lain yang dapat.
Begitu juga calon MB Trengganu DS Idris Jusuh, akhirnya orang lain juga yang dapat. Begitu juga pemimpin Umno minta ditangguhkan pemilihan Umno, akhirnya desakan jadi pula pemilihan Disember 08. Begitu juga Menteri hal ehwal undang-undang menggesa Tun Mahadir minta ampun kpd Tun Salleh Abbas, tapi pendapat ini tak boleh di terima keseluruhannya. Menteri itu menggesa lagi di wujudkan Suruhan Jaya Kehakiman bagi melihat kes Tun Salleh Abas, dibalas Tan Sri Muhyidin Yassin kata itu pendapat peribadi Datok Zaid Ibrahim. Tengku Razali mengesorkan EGM UMNO, ada pula pemimpin UMNO kata tak perlu. Ada pula pemimpin buat press supaya kekal qota pencalonan jawatan dalam UMNO, ramai pula yang membantah termasuk Tun Mahadhir.

Kesimpulannya kalangan pemimpin UMNO fikirannya pun tak bersatu, maka tak hairanlah tindakan nya pun tak bersatu dalam menangani masaalah melayu, mahupun agenda nak membangunkan Melayu. Begitu jugalah berbagai-bagai pandangan nya terhadap membela ugama Islam , sampaikan pula cipta benda baru Islam hadari.

Makin cemas PM turun ke Sabah seolah-olah lawatan kerja rasmi secara mendadak, apa tidaknya 3 ahli parlimen Sabah meletak jawatan dari tawaran Timbalan Menteri Pusat. Ini semacam ada gegaran untuk loncatan parti besar-besaran. Mungkin sebab Sabah and Serawak jauh dari pusat sunami di lautan Hindi, maka semenanjung dahulu di landa sunami, kemudian hanya menunggu masa sunami melanda Malaysia timur.

" Sengaja Aku tukar gantikan pemerintah agar tidak berkekalan kezaliman"

Tetapi persoalan yang lebih besar adalah, bangsa Cina Malaysia makin bertapak dalam pemerintahan, manakala penguasaan Melayu UMNO makin ke arah runtuh. Adakah sinar harapan Melayu akan boleh terus terbela di Malaysia. Membaiki UMNOkah? Mengharapkan Keadilan De Factor DS Anwar Ibrahim? Atau Cahaya Bulan Menunggu di tanggal 15 untuk terang benderang. .......siri 2.

Dari meja:
Presiden URUS Malaysia.

Saturday, March 29, 2008

MENCONTOHI KLMCC SELAKU CHAMPION PERPADUAN MELAYU.

Sejak bertahun-tahun krisis berlaku antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ( Pusat ) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (KLMCC). Hingga ada beberapa kes telah di failkan di mahkamah. Pusat ada mendakwa KLMCC, dan KLMCC juga ada mendakwa Pusat di Mahkamah. Antara isu yang telah di putuskan oleh mahkamah ialah bertajuk Pusat menggantung /keahlian KLMCC. Mahkamah memutuskan KLMCC kekal status quo.
Apabila sampai majlis pemilihan Pusat, maka jentera KLMCC begitu berperanan , dan akhirnya bekas Presiden Pusat Dato' Seri Raman Maidin tewas dan Tuan Syed Ali sebagai Presiden Pusat.
Selepas itu KLMCC telah membuat beberapa permohonan untuk diterima balik ke dalam Pusat, tetapi malangnya sehingga kini sikap Pusat amat DINGIN.
Tetapi satu peristiwa besar telah berlaku pada 27 Mac 2008, di mana rombongan AJK KLMCC telah berkunjung ke dalam majlis mesyuarat AJK Pusat.
Di dalam pertemuan itu Presiden Pusat telah memberi peluang YDP KLMCC untuk berucap di khalayak AJK Pusat dan AJK KLMCC, yang antara lain mengusulkan permohonan rasmi KLMCC untuk diterima masuk ke dalam badan gabungan Pusat, sekaligus menyatakan kemaafan atas segala yang lalu. Majlis itu beredar dengan begitu mesra dan penuh harapan penyatuan kembali antara Dewan Perniagaan Melayu.
Antara faktur utama mendorong majlis di atas adalah:
1. Kesanggupan YDP KLMCC dengan rasa rendah diri berkunjung untuk berdamai.
2. Kesudian Presiden Pusat menerima tetamu AJK KLMCC yang tanpa di undang.
Apakah kekuatan yang mendorong majlis ini:
1. Merendahkan rasa EGO untuk mengadap pihak Pusat yang di dorong dari anjuran Keimanan kepada Allah swt.
2.Adanya rasa keinsafan untuk bertolak ansur atas perkara-perkara perbalahan, dimana Islam menganjurkan perdamaian dan memelihara perpaduan Islam dan Melayu itu diutamakan.
3. Solat hajat dan berdoa secara berjemaah dikalangan AJK , untuk menyembahkan hati kepada Allah agar dibuka jalan penyelesaian.
Oleh : Hj Mustapa Kamal b Maulut
Pengerusi JKK R & D KLMCC.

MINDA PENAMBAHBAIKAN PENENDERAN MAJALAN PELANCAR ANGKASA

Tajuk : Tawaran Mencetak dan Membekal Majalah Pelancar Tahun 2008, 2009 dan 2010
Oleh : Tuan Haji Mustapa Kamal b Maulut
Pengerusi Koperasi UKHWAH

Minda Penambahbaikan Angkasa.

Angkasa telah berjaya menyediakan asas-asas penenderan kepada syarikat-syarikat luar. Tetapi beberapa dokumen penting yang melibatkan kelulusan perlu didokumenkan sebagai bahan bukti ketelusan dan kewajaran pemilihan kontraktor, jika tidak ia dikhuatiri boleh disalahguna kuasa dan pemilihan yang kurang tepat.

Jika berlaku masalah berbangkit di masa akan datang hingga ke peringkat perundangan, maka Angkasa perlu bersedia mempunyai dokumen sokongan yang lengkap dan telah dikompilasikan.

Standard Operation Procedure perlu dipatuhi demi mengelakkan dari sebarang masalah ketirisan dan rasuah. Tanpa laporan lengkap penenderan akan mengakibatkan Jawatankuasa Tender tidak dapat membuat pemilihan syarikat setepatnya.

Penenderan ini tidak langsung disertai oleh koperasi-koperasi, menyebabkan satu cabang perniagaan tidak dapat dikongsi oleh masyarakat koperasi.

Jawatankuasa kewangan harus mengkompilasikan semua surat menyurat dan dokumen urusan tender ini dengan lengkap dan teratur. Ia perlu bagi menepati hal-hal perundangan.

Angkasa harus menjemput koperasi-koperasi terutaama yang bernaung di bawahnya mendaftar sebagai panel kontraktor. Apabila pengiklanan tender maupun jemputan, harus dimaklumkan kepada koperasi panel juga.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan mahupun koperasi keusahawanan, dan Angkasa boleh berperanan menjana ekonomi ahli-ahlinya.

Dalam Jawatankuasa Pemilihan Tender harus ada sekurang-kurangnya 3 anggota JKT atau lebih dalam angka ganjil membuat keputusan memilih, tidak cukup sekadar disandarkan kepada pegawai-pegawai bergaji. Ini kerana Anggota JKT harus dipertanggungjawabkan ke atas perjalanan operasi Angkasa dengan licin dan menguntungkan.

Sekian, terima kasih.

Friday, March 28, 2008

Koperasi Ukhwah Invest Hartanah Berprofile Tinggi.

Investment Hartanah Berprofile Tinggi.



28 Mac 2008- Sri Hartamas KL , Koperasi Ukhwah telah membeli 7 unit shop houses di Sri Hartamas KL yang berprofile tinggi dengan anggaran harga RM20juta.

Wednesday, March 26, 2008

MINDA PENAMBAHBAIKAN BERKENAAN KOTAXI

TAJUK : BERKENAAN KOTAXI
OLEH : HJ MUSTAPA KAMAL MAULUT
PENGERUSI KOPERASI UKHWAH.

MINDA MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KOTAXI.

Didapati Anggota Lembaga KOTAXI belum dapat melaksanakan kepimpinan koperator dan pengurusan perniagaan KOTAXI secara bersendirian dan tidak dapat mencerna aspiraasi dari Anggota Lembaga KOTAXI selagi mereka diberi tanggungjawaban sepenuhnya selaku Anggota Lembaga KOTAXI. ANGKASA terdedah kepada permintaan dari ahli-ahli koperasi lain yang menuntut agar diberi bantuan kewangan sesuai dengan prinsip kesaksamaan dalam berkoperasi.


ANGKASA harus mengkaji semula dasar naungan kepada KOTAXI dan ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan:
i. Bentuk bantuan bantuan ANGKASA hendaklah kearah keusahawan, ANGKASA
menginisiatifkan penubuhan bengkel NGV untuk KOTAXI.
ii. ANGKASA menginisiatifkan menubuhkan stesen minyak dan NGV.
iii. ANGKASA memberi bimbingan kepada kerani akaun mengikut kaedah perakaunan
ANGKASA.
iv. ANGKASA membantu KOTAXI dalam pengurusan risiko, seperti mengutip hutang
anggota-anggota KOTAXI.
v. ANGKASA terus memberi khidmat pra Audit.

Sekian, terima kasih.

Minda Penambahbaikan Bahagian Kewangan Angkasa.

Tajuk : Bahagian Kewangan
Oleh : Hj Mustapa Kamal b Maulut
Pengerusi Koperasi UKHWAH.

Minda Penambahbaikan Pengurusan Kewangan Angkasa.

Topik: Baucar Bayaran

Apabila tiada supporting dokumen tentang program yang dihadiri, maka urusetia tidak
dapat merekod jumlah event yang dihadiri oleh pegawai Angkasa, dimana ianya tiada kaitan
dengan catitan pembayaran yang dikeluarkan oleh bayaran kewangan. Kejadian ini berlaku
kerana mengambil mudah procedure. Fenomena ini dikhuatiri akan membuka peluang
pegawai-pegawai koperasi mengada-adakan program demi untuk mendapatkan elaun dan
mileage.

Manakala koperasi ahli Angkasa ingin membeli borang BPA mesti permohonan bersurat dari
koperasi, tetapi tiada borang Angkasa perlu diisi.

A. Pihak urusetia melalaui pegawai-pegawai khas harus menyediakan supporting dokumen
kepada semua pegawai-pegawai yang menuntut bayaran atas program yang mereka
hadiri. Dengan itu mengelakkan dari pegawai-pegawai Angkasa dari disalah anggap.

B. Dalam konteks pasaran yang proaktif, bahagian BPA harus menyediakan borang untuk
koperasi membeli borang BPA 1/179A. Tidak seperti sekarang dimana koperasi
mesti menulis surat ke Angkasa.
Konsep pemasaran yang terkini adalah vendor menemui pelanggan, sebaliknya apa yang
dipraktiskan oleh BPA Angkasa adalah menyulitkan birokrasi. Bahkan pembelian borang
boleh dibuat melalui transaksi internet.

Sekian, terima kasih.

Monday, March 24, 2008

Tsunami malaysia memberi laluan dakwah.

Assalamualikm.

Pada 22 Mac 2008, mesyuarat Agung PIBG SMK Dr Burhanudin berlangsung di Taiping. Presiden URUS Malaysia telah dijemput untuk berceramah dan merasmikan mesyuarat tersebut. Antara isi kandungan ceramah beliau adalah peri pentingnya ibu bapa dan para AJK PIBG melaksanakan aktiviti kepada pelajar-pelajar dengan berteraskan Iman dan KeIslaman.

Mesyuarat PIBG berjalan lancar, dan suatu Sunami Taiping telah melanda, di mana semua AJK lama telah tewas, dan digantikan dengan semua AJK baru PIBG, kecuali YDP PIBG kekal dahulu dan kini iaitu Tn Hj Latif b Abd Rahman.

_______________________________


Pada 24 Mac 2008, suatu mesyuarat bulanan Jawatan Kuasa Kerja Angkasa Pusat telah bermesyuarat di bangunan Angkasa Subang, di pengerusikan oeleh Profesor Ungku Aziz.

Tiba-tiba muncul beberapa isu kontravesial yang melibatkan Pak Engku, akibatnya suatu resolusi UNDI TIDAK PERCAYA telah jatuh kepada Pak Engku, dan Pak Engku meletak jawatan YDP, tsunami menjalar ke Angkasa.

Sebelumnya Timbalan YDP Dr Ali Baharum , yang pada Januari 2008 telah digugurkan potfolionya oleh Pak Engku, kini Pemangku Yang DiPertua Angkasa.

______________________________________


Ini adalah suatu lagi petunjuk bahawa Allah SWT menyarankan bahawa umatnya hendaklah berlaku adil, dan bertindak selaku ummah yang terbaik, yang kerjanya menyeru kebaikan, melarang kemungkaran, dan beriman kepada Allah. Maka hari-hari mendatang adalah amanah Allah untuk dijalankan DAKWAH di atas mukabumi ini.


Wassalam.

URUS Kod 001.

Saturday, March 22, 2008

5 Tahun Agenda Dakwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasca PRU 12, mendorong kepada pejuang-pejuang untuk merangka strategi menyambung perjuangan Rasulullah SAW. Bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul 1429H ini, temuilah saranan-saranan perjuangan ke arah memertabatkan Melayu Islam di bumi Malaysia khususnya, dan ummah global amnya.

Sekian.

Kod 01