Saturday, March 29, 2008

MENCONTOHI KLMCC SELAKU CHAMPION PERPADUAN MELAYU.

Sejak bertahun-tahun krisis berlaku antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ( Pusat ) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (KLMCC). Hingga ada beberapa kes telah di failkan di mahkamah. Pusat ada mendakwa KLMCC, dan KLMCC juga ada mendakwa Pusat di Mahkamah. Antara isu yang telah di putuskan oleh mahkamah ialah bertajuk Pusat menggantung /keahlian KLMCC. Mahkamah memutuskan KLMCC kekal status quo.
Apabila sampai majlis pemilihan Pusat, maka jentera KLMCC begitu berperanan , dan akhirnya bekas Presiden Pusat Dato' Seri Raman Maidin tewas dan Tuan Syed Ali sebagai Presiden Pusat.
Selepas itu KLMCC telah membuat beberapa permohonan untuk diterima balik ke dalam Pusat, tetapi malangnya sehingga kini sikap Pusat amat DINGIN.
Tetapi satu peristiwa besar telah berlaku pada 27 Mac 2008, di mana rombongan AJK KLMCC telah berkunjung ke dalam majlis mesyuarat AJK Pusat.
Di dalam pertemuan itu Presiden Pusat telah memberi peluang YDP KLMCC untuk berucap di khalayak AJK Pusat dan AJK KLMCC, yang antara lain mengusulkan permohonan rasmi KLMCC untuk diterima masuk ke dalam badan gabungan Pusat, sekaligus menyatakan kemaafan atas segala yang lalu. Majlis itu beredar dengan begitu mesra dan penuh harapan penyatuan kembali antara Dewan Perniagaan Melayu.
Antara faktur utama mendorong majlis di atas adalah:
1. Kesanggupan YDP KLMCC dengan rasa rendah diri berkunjung untuk berdamai.
2. Kesudian Presiden Pusat menerima tetamu AJK KLMCC yang tanpa di undang.
Apakah kekuatan yang mendorong majlis ini:
1. Merendahkan rasa EGO untuk mengadap pihak Pusat yang di dorong dari anjuran Keimanan kepada Allah swt.
2.Adanya rasa keinsafan untuk bertolak ansur atas perkara-perkara perbalahan, dimana Islam menganjurkan perdamaian dan memelihara perpaduan Islam dan Melayu itu diutamakan.
3. Solat hajat dan berdoa secara berjemaah dikalangan AJK , untuk menyembahkan hati kepada Allah agar dibuka jalan penyelesaian.
Oleh : Hj Mustapa Kamal b Maulut
Pengerusi JKK R & D KLMCC.

No comments: