Monday, June 2, 2008

ANGKASA MEMILIH SEMULA TOP FIVE

PERTANDINGAN TOP FIVE ANGKASA.

Bismillah hirrahma nirrahim.

Menyelesaikan krisis yang berlaku dalam kepimpinan Angkasa, Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 5 Mei 2008 telah mengedar surat serahan tangan di tujukan kepada YDP, Timbalan YDP, Naib YDP dan JKT, antara lain PERINTAH penyelesaian mengandungi:

ANGKASA hendaklah :

( c) mengadakan Persidangan Kebangsaan Tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008 bagi memilih semula pemegang jawatan-jawatan Yang Dipertua ANGKASA, Timbalan Yang Dipertua ANGKASA dan tiga Naib Yang Dipertua ANGKASA.

Manakala dalam satu pertemuan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , di Majlis Penyampaian Biasiswa Maulidurasul Koperasi Ukhwah 31 Mei 2008 , di Parlimen Tg Karang, Menteri secara verbaly menyarankan bahawa Angkasa menyerahkan kembali hal kepimpinan Angkasa kepada para perwakilan koperasi, agar perwakilan menyusun kembali saf kepimpinan baru , yang boleh berdamai dan bekerjasama membawa kemajuan Angkasa.


Mengikut Undang-undang Kecil ANGKASA:
Fasal 31:
Kuasa dan Tanggungjawab Yang Dipertua:

(1) Yang Dipertua hendaklah,antara lain, mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi mempastikan kesempurnaan pentadbiran dan pengurusan keseluruhan ANGKASA serta perlaksanaan segala keputusan JKT dan JKK.

(2) Yang Dipertua hendaklah mempengerusikan JKT, JKK dan Jawatnkuasa Rayuan.

(3) Timb.Yang Dipertua dan tiga naib Yang Dipertua hendaklah masing-masing mempengerusikan salah satu Jawatankuasa Kerja atau portfolio yang ditubuhkan bagi membantu dan mengawasinya. Mereka bertanggungjawab kepada Yang Dipertua. Segala keputusan JKK atau Portfolio adalah tertakluk kepada pengesahan JKK.


Nampaknya dua intitusi besar di Malaysia pada tahun ini akan mengadakan pemilihan kepimpinan pada tahun 2008, iaitu parti UMNO dan gerakan koperasi kebangsaan ANGKASA.
Semestinya ia akan menarik perhatian sebilangan manusia yang akan menjadi sibuk dengan hal urusan pemilihan tersebut. Mungkin UMNO dan ANGKASA adalah sama dalam menghadapi pemilihan tapi TAK SERUPA.

Untuk mengulas lanjut hal pemilihan Angkasa, ada dua faktor yang wajib menjadi topic perbincangan:

1. Hala Tuju Angkasa.
2. Ciri-ciri Kepimpinan Angkasa.

Anjakkan Paradigma Angkasa :
Sejak Angkasa mula didaftarkan pada tahun 1971, ia bertujuan untuk menyatukan semua koperasi di Malaysia, mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mengawasi dan menjaga kepentingan ahli-ahli khususnya dan gerakan koperasi amnya, dan antara lain pada amnya membantu serta memudahkan operasi koperasi-koperasi berdaftar.
Tetapi apabila Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia mula dikuatkuasakan pada 1hb. Januari 2008, terbukalah lembaran baru bagi hala tuju gerakan koperasi di Malaysia. Menterinya, baru-baru ini dalam ucapan di Majlis Koperasi Ukhwah, menyeru agar gerakan koperasi hendaklah maju sesebuah syarikat, berniaga seperti sesebuah syarikat, bersaing seperti sesebuah syarikat, malah koperasi lebih berjaya daripada syarikat yang tersenarai di BSKL. Dalam erti kata lain, telah lama dicanang bahawa gerakan koperasi seharusnya menjadi sektor ketiga penyumbang ekonomi negara dengan sasaran KDNK 10% .
Manakala menurut Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, yang turut hadir di majlis Koperasi Ukhwah di Kuala Selangor pada 31hb Mei 2008 yang lalu, sebilangan koperasi yang telah maju akan dikategorikan sebagai koperasi cluster dan setiap koperasi cluster akan menjadi mentor kepada beberapa koperasi kecil (mentee).
Nah disitu nyatalah bahawa Angkasa akan bergenjak dari fungsi asal kepada satu wawasan yang lebih hebat dan berdaya saing di peringkat kebangsaan dan global.
Firman Allah SWT bermaksud:
" Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutus kpd manusia, kerjanya menyeru kepada amal makruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah".

...... bersambung ......

Oleh : Hj Mustapa Kamal Bin Maulut
Pengerusi Koperasi Ukhwah @
JAD Angkasa.

No comments: