Tuesday, August 26, 2008

GELOMBANG KEUSAHAWANAN ANGKASA

PERSIDANGAN NEGERI ANGKASA MENDESAK PROGRAM KEUSAHAWANAN.

Sudah beberapa negeri mengadakan mesyuarat tahunan Angkasa, seperti Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan Selangor. Beberapa isyarat dan desakan di lontarkan kepada pimpinan Angkasa Pusat agar mengadakan perubahan dan peningkatan ke arah melipat gandakan usaha-usaha keusahawan yang realistik.

Di Wilayah persekutuan, seorang perwakilan menyuarakan keluhan bahawa beliau berpendapat adalah tidak wajar Angkasa terkenal sebagai champion sukan petanq, sebaliknya agenda keusahawan yang berkesan harus dilakar kepada koperator2 khususnya di Kuala Lumpur.

Di Sabah, perwakilan menyarankan agar Angkasa meningkatkan usaha menambah baikkan aktiviti ekonomi koperasi gabungannya, kerana beberapa fenomena koperasi2 hidup dalam keadaan nazak.

Di Sarawak, perwakilan menggesa agar Sarawak di wujudkan beberapa zon memandang keluasan negeri yang besar. Ini dapat dilakukan seperti wujudnya Pahang 1, Pahang 2, Pahang 3. Sarawak menggarap sokongan berkesan dari Angkasa Pusat bagi merealisasikan dunia koperasi yang berdaya saing.

Manakala di Selangor pula, perwakilan menggesa agar slot tarbiah Islamiah disertakan dalam program2 Angkasa negeri dan pusat, kerana rasa keimanan dan takut kepada Allah itulah yang akan memandu pemimpin dan anggota dalam kepimpinannya dan menjalankan tugas dengan amanah dan berkesan. Selanjutnya perwakilan menekan perlunya program2 usahawan yang bersungguh2 dilakar utk koperasi, dan boleh dilaksanakan segera dalam dunia perniagaan ini, seperti kursus aircondition, kursus wiring electrik, kursus maintenance automobil, kursus restoren dan masakan dan lain-lain.


Persidangan Negeri Sembilan 28 Ogos 2008.

Saranan JAD ( Hj Mustapa Kamal B Maulut )

Secara keseluruhannya, pengurusan dan pentadbiran JPN Negeri Sembilan adalah memuaskan. Cadangan-cadangan berikut mungkin boleh dipertimbangkan dan diambil tindakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan kewangan, aset, aktiviti dan keahlian serta pentadbiran pejabat.

1. Pengurusan Kewangan

i). Merujuk kepada pelaburan saham Unit Amanah Arab Malaysian (harga semasa RM0.6807 seunit) sejak tahun 1994, adalah sesuatu yang boleh memberi dividen kepada JPN, namun di masa hadapan perlu dilakukan fokas pelaburan kepada unit-unit amanah Islamik yang diharap boleh mengunjurkan keuntungan yang lebih baik.

ii). Amalan perekodan dan penyimpanan akaun yang kemas dan teratur perlu dikekalkan.

2. Pengurusan Aktiviti dan Keahlian

i). Jawatankuasa JPN Negeri Sembilan perlu juga memberi tumpuan meningkatkan usaha menggalakkan koperasi dewasa untuk menjadi ahli ANGKASA. Terdapat 44% koperasi dewasa di Negeri Sembilan yang belum menjadi ANGKASA.

ii). Menyedari aktiviti koperasi kredit sangat penting sebagai penyumbang pendapatan utama ANGKASA dan dapat menyelesaikan masalah kewangan anggota-anggota koperasi dalam suasana ekonomi negara masa kini, adalah wajar diadakan kursus dan bengkel kewangan muamalat Islam kepada koperasi kredit di Negeri Sembilan, agar keuntungan muamalat dapat dilipat gandakan.

iii). Adalah wajar setiap program rasmi JPN dapat dimulakan dengan slot ceramah tarbiah Islamiah, sesuai dengan hasrat melahirkan modal insan yang berkualiti kepada koperator-koperator. Tarbiah Islamiah akan meningkatkan daya juang yang tinggi untuk maju dalam usaha berekonomi, sekaligus pendinding daripada sifat mazmumah yang merosakkan ekonomi dan gerakan koperasi.

3. Pengurusan Pejabat

i). Amalan pengurusan pejabat yang kemas dan teratur perlu dikekalkan.

ii). JPN Negeri Sembilan harus memuatkan data dan maklumat aktiviti ke dalam laman web JPN atau web ANGKASA, agar ahli-ahli ANGKASA Negeri Sembilan dapat berinteraksi dan mendapatkan informasi terkini. Ini adalah sifat mesra pelanggan antara JPN dan ahli-ahli ANGKASA.

Persidangan Angkasa negeri-negeri berehat sepanjang Ramadhan Al Mubarak.


HJ MUSTAPA
Pengerusi Koperasi UKHWAH.

No comments: