Sunday, April 13, 2008

Masuk Islam secara terang mahupun sembunyi.

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan satu dasar kerajaan yang baru berkenaan prosedur penukaran agama bagi rakyat Malaysia iaitu bagi mereka yang ingin memeluk agama Islam, mereka mestilah memberitahu kepada keluarga mereka terlebih dahulu sebelum diiktiraf oleh kerajaan sebagai penganut agama Islam atau muallaf.

Melalui dasar baru ini, ia mengundang reaksi dari banyak pihak samada yang menyokong dasar tersebut mahupun sebaliknya.

Pada hemat Penulis, mari kita melihat sejarah di awal pengembangan ajaran Islam oleh Baginda nabi Muhammad SAW di kota Mekah. Ketika itu orang kafir Qurais sangat memusuhi Islam, mengancam dan menyiksa orang Islam, di pulau, di kurung dan di catu makanan.

Saya kira menelita akan betapa nilai besarnya kurnia Taufek Hidayah dari Allah SWT, dan unsur ancaman dann ugutan dari keluarga yang belum Islam, maka adalah perlu Sunnah Rasulullah SAW itu di ikuti semula.

Ketika itu ada sahabat-sahabat Rasulllah SAW yang secara sembunyi-sembunyi memelok agama Islam, kecuali Omar Al Khatab R.A. yang mengistiharkan dan beliau sanggup bertantangan dengan kafir Qurais.

Sebuah kesah sebagai siri tauladan adalah sahabat rasullah SAW, iaitu Mush'ab Bin Umair R.A.
Ketika Mushab memuluk islam, tiada suatu ketakutan pun yang ditakuti dan dikhuatirkan selain ibunya sendiri , bahkan walau seluruh penduduk Mekkah beserta berhala-berhala para pembesar dan padang pasirnya berubah rupa menjadi suatu kekuatan yang menakutkan yang hendak menyerang dan menghancurkannya,tentulah Mushab akan menganggapnya ringan dan remeh. tetapi tentangan dari ibunya bagi Muhab tidak dapat dianggap kecil. Ia pun segera berfikir matang dan mengambil keputusan untuk merahsiakan keislamannya sampai terjadi sesuatu yang dikehendaki Allah s.w.t. Demikianlah ia sentiasa berulang-alik ke rumah Arqam menghadiri majlis Rasullah s.a.w.,sedang hatinya merasa bahagia dengan keimanan dan sedia menebusnya dengan marah murka ibunya yang belum mengetahui berita ke Islamannya.

Namun, di kota mekkah tiada rahsia yang tersembunyi , apalagi dalam suasana seperti itu. mata kaum quraisyberkeliaran di mana-mana mengekori setiap langkah dan mengintai setiap jejak. kebetulan seorang bernama Usman bin Talhah melihat Mush'ab memasuki rumah Arqam secara sembunyi. Kemudian pada hari yang lain dilihatnya pula ia solat seperti Muhammad S.A.W secepat kilat ia berjumpa dengan ibu Mush'ab dan mengadukan berita yang dijamin kebenarannya.

Berdirilah Mushab di hadapan ibu dan keluarganya serta para pembesar Mekkah yang berhimpun di rumahnya. Dengan hati yang yakin dan pasti, dibacakan ayat-ayat al quran yang disampaikan Rasulllahh SAW untuk mencuci hati nurani mereka, mengisinya dengan hikmah dan kemulian, kejujuran dan ketaqwaan.

No comments: