Sunday, April 6, 2008

Surat Kepada Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.

Mesyuarat Agung Bank Rakyat 2008.

5 April 2008, PWTC, KL- Mesyuarat Agung Bank Rakyat 2008 telah dilangsungkan di PWTC KL di Dewan Tun Hussin Onn. Ia telah dirasmikan oleh Dato' Noh Omar selaku Menteri Koperasi. Dalam ucapannya beliau sedia menerima pandangan dan teguran membina demi untuk kemajuan koperasi.

Penulis ada menjadi perwakilan dalam mesyuarat tersebut.

Di antara perkara yang perlu di baiki dalam mesyuarat Agung Bank Rakyat adalah:

1. Pengerusi harus memberi peluang sewajarnya kepada perwakilan mesyuarat untuk bercakap. Ini boleh di buat dengan mencontohi Angkasa, dengan menyediakan borang bagi perwakilan yang hendak bercakap.

Didapati bahawa hanya 3 orang di benarkan bercakap oleh Pengerusi Mesyuarat oleh Tan Sri Jalaludin. Perwakilan rata-rata tidak berpuas hati atas terhadnya perwakilan itu, sedangkan mereka datang dari jauh, sejauh Sabah dan Sarawak, tetapi hanya sejam mendengar endorsment Lembaga.

Gaya laku Pengerusi melayani perwakilan juga agak kurang bermoral, seperti keluar perkataan "nonsense" oleh Pengerusi ketika perwakilan Tuan Hj Latif Bin Hj Ismail , perwakilan dari Perak sedang mengemukakan soalan berkenaan Cagamas. Etika bercakap hendaklah diguna pakai oleh Lembaga dan Perwakilan.

2. Penulis juga ada berniat untuk berucap bertanya sesuatu kepada Lembaga, tetapi oleh kerana hanya 3 perwakilan di benarkan berucap maka tidaklah kesampaian. Lalu di luar dewan, penulis terserempak dengan Pengerusi Majlis Syariah Bank Rakyat, Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz, lalu bertanyalah;

"Dato', apakah alasan syarie yang mengharuskan Bank Rakyat menaja RM1 juta kepada Sukan Bola Sepak Super League FAM, telah disiarkan di TV dan akhbar tempatan dalam bulan January 2008, adakah Majlis Syariah Bank Rakyat meluluskan."

Dijawab Dato' Al Hafiz , "Saya tak tahu pun, sepatutnya mereka refer kepada kami".

Implikasinya, sebagaimana kita mengetahui bahawa cara sukan itu dimainkan di Malaysia adalah dengan pemakaian mendedah aurat. Oleh itu dikategorikan bahawa sukan itu adalah tidak selaras dengan ajaran Islam, kerana cara dimainkan adalah bertentangan dengan syariah Islam.

Selama ini Bank Rakyat claim bahawa keseluruhan aktiviti perbankannya adalah menjalankan muamalat Islam, dan Alhamdulillah mendapat keuntungan besar yang boleh dibanggakan. Untung bersih setelah cukai dan zakat 31 Desember 2007 adalah melebihi RM600 juta, namun setelah untung besar begitu pula langkahnya.

Allah berfirman bermaksud:

"Jika kamu syukur dengan rezeki Allah nescaya Kami tambah, tetapi jika kamu kufur, ingatlah siksa Allah amat pedih".

Atas dasar publisiti dan exposure semata-mata tidak mengharuskan penajaan kepada sukan yang kurang selaras dengan syariah. Malah ada lagi sukan yang agak hebat dan berbentuk global seperti sukan Memanah, Berkuda, Lumba motosikal kuasa tinggi, Lumba Formula 1. Selaras Malaysia selaku negara pengeluar kereta maka adalah wajar penajaan kepada sukan automobil.

3. Menteri harus menimbang agar setengah dari kuota Lembaga dan Juru Audit Dalaman adalah dari cadangkan oleh anggota-anggota koperasi. Ini bertujuan agar Lembaga Bank Rakyat mendengar keluhan dan harapan dari ahli-ahli anggota Bank Rakyat.

Dengarlah cadangan dari rakyat jelata ini, untuk kemajuan koperasi, dan sebagai ikhtibar PRU 12.


Sekian.


URUS Perak.

No comments: